Hutang LHDN RM300,000 Punca Shaheizy Sam Diberi Notis Muflis?

11 Ogos 2017. 9.03 PM
6,825
Hiburan
Hutang LHDN RM300,000 Punca Shaheizy Sam Diberi Notis Muflis?
Kegagalan melunaskan tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM300,000 menyebabkan Shaheizy Sam dikenakan notis muflis oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada 26 Mei lalu.

Menurut laporan Harian Metro, sumber memberitahu Shaheizy atau Sam gagal menjelaskan tunggakan tersebut walaupun beberapa notis diberikan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Tambah sumber, pegawai LHDN Wangsa Maju turut mengeluarkan beberapa surat tuntutan cukai termasuk arahan untuk hadir ke mahkamah kepada Sam, namun tiada maklum balas daripada aktor tersebut.

Disebabkan itu LHDN mengeluarkan iklan di sebuah akhbar tempatan pada Isnin lalu untuk memaklumkan mengenai kebankrapan ke atas pelakon itu.

Notis di akhbar itu dikeluarkan berdasarkan melalui perintah mahkamah dan salinannya turut dihantar ke alamat rumah Sam di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, Ampang.

Sementara itu, Sam mendakwa tidak tahu menahu tentang dirinyna diisytihar muflis sehingga keratan akhbar notis kebankrapan tersebut tular.

Bagaimanapun Sam yang telah menyerahkan perkara ini kepada agennya berharap agar ia dapat diselesaikan dengan segera.

Sumber: Harian Metro

BACA: Shaheizy Sam Terkejut Diisytihar Bankrap, Nama Terpampang Di Akhbar

Artikel Berkaitan


Komen