Buang Tabiat Minum Alkohol, Angelina Jolie Sedia Terima Brad Pitt Semula

11 Ogos 2017. 6.07 PM
5,629
Hiburan
Buang Tabiat Minum Alkohol, Angelina Jolie Sedia Terima Brad Pitt Semula
Aktres Hollywood terkenal, Angelina Jolie, dikatakan sedia memberi peluang semula kepada bekas suaminya, Brad Pitt selepas aktor itu dipercayai telah membuang tabiat buruknya meminum alkohol.

Menerusi laporan Daily Mail, Jolie sedia menerima suaminya dan bersedia berkahwin semula dalam masa terdekat ini. 

"Perceraian bukan sesuatu yang mudah untuk ditempuhi dan Jolie mengakui gembira apabila mengetahui bekas suaminya itu sudah meninggalkan tabiat buruk lamanya itu.

"Jolie juga kini lebih tenang dan masih cuba memujuk hatinya untuk membina semula kebahagian bersama Brad kerana memikirkan anak-anak mereka.

"Brad juga telah mengaku kepada media bahawa dia telah menukar alkohol dengan jus buah-buahan sebagai minuman untuk membuang tabiat lamanya itu.

"Perkara itu ternyata mengembirakan hati Jolie dan dia berharap Brad akan kembali semula ke pangkuaannya," kata sumber.

Terdahulu, Angelina Jolie dan Brad Pitt telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 selepas 10 tahun bersama dan bercerai pada September 2016.

Sumber: Daily Mail

Artikel Berkaitan


Komen