nampilan terbaru penyanyi antarabangsa Janet Jackson 50, mengenakan hijab ketika bersiar-siar di London baru-baru ini menjadi tumpuan lensa paparazzi.

Penampilannya menggayakan hijab dengan baju yang besar dan longgar itu turut menjadi viral di laman sosial.

Janet tidak keseorangan tetapi ditemani suami tersayang Wissam Al Manna yang juga seorang jutawan dari negara Qatar.

Menurut laporan Daily Mail, pasangan ini dikatakan sedang sibuk membuat persiapan membeli barangan bayi dan sempat singgah di salah sebuah restoran makanan sihat.

Janet dan Wissam telah bernikah pada pada tahun 2012 dan menunggu hampir 4 tahun untuk menimang cahaya mata.

Semoga Janet selamat lahirkan anaknya walaupun usianya sudah mencapai 50an semangatnya untuk bergelar ibu amat wajar dicontohi.

Bagaimanapun sehingga kini tarikh kelahiran bayi Janet masih tidak dapat dihidu media.

Olahan: Mohd Ishahrulddin Tahir

Sumber: Daily Mail