Sebelum apa-apa, Miss K nak ucap terima kasih kepada Astro Gempak kerana sudi undang Miss K ke Malam Gala Tayangan Filem Abang Long Fadil 2, malam tadi!

Memang gempak cerita tu! Tak sangka pula Miss K pelawak macam Achey dan Shuib hebat berlawan! Wak Doyok juga bagus lakonannya! Superb! Miss K bagi lima bintang!!!

Yang otai-otai macam Datuk AC Mizal, A.Galak dan Syamsul Yusof tu rasanya tidak perlulah Miss K ulas lagi...Sebab diaorang ni, kalau kita letak kat mana-mana pun menjadi!

Eh! Sudah...Kalau nak tahu hebat atau tidak filem ni, pergilah tengok sendiri 24 Ogos nanti.

Selain seronok dan enjoy menonton Abang Long Fadil 2 semalam, Miss K juga rasa teruja sebab 'ternampak' pelakon putih gebu Tiz Zaqyah dengan seorang jejaka kacak menonton di GSC, Pavilion semalam.

Mungkin Tiz tak tahu ada 'event' di GSC malam tadi. Agaknya kalau Tiz tahu dia tidak menonton di situ.

Ya, Miss K tahu mungkin itu kawan-kawan biasa sahaja...Tapi kalau begitu, kenapa Tiz menekup mulut dan menudukkan kepala masa naik tangga menuju ke panggung?

Rasanya bukan Miss K sahaja yang perasan, tetamu-tetamu lain juga ada yang nampak dan mereka turut berbisik sesama sendiri.

Dalam banyak-banyak bisikan tu, ada satu yang menarik perhatian telinga Miss K!

Bisikan tu bunyi dia cam ni: "Eh! Tiz Zaqyah! Cantiknya dia...Wow! dia keluar dengan kawan Nedim lah!"

Miss K tersenyum meleret sebab kalau Tiz keluar dengan kawan-kawan Nedim, bermakna lelaki kacak tersebut mestilah bukan calang-calang orang.

Miss K tumpang gembira kalau betul lelaki yang tengok wayang dengan Tiz tu kekasih dia sebab Tiz pun dah lama solo!

Apa-apa pun, Miss K sokong Tiz...Berkawan-kawanlah dahulu sebelum berkahwin-kahwin kemudian. Kenal hati budi masing-masing. Tapi jangan tunggu lama-lama pula, takut nanti kena kebas!

Miss K: Sambil gosok baju pun boleh ketawa teringat scene kelakar dalam filem Abang Long Fadil 2!