Penyanyi Elizabeth Tan akui lebih berhati-hati melilih teman lelaki selepas percintaannya dengan seorang ahli perniagaan beberapa bulan lalu gagal.
Pun begitu Elizabeth yang mesra dengan panggilan Lizzy, 23, berkata dia tidak serik untuk bercinta lagi.
"Saya akui memang pahit menerima kenyataan putus cinta sebelum ini.
"Jadi jika saya dipertemukan dengan seseorang pada masa akan datang, saya pasti akan lebih berhati-hati dan tidak mudah mempercayai lelaki.
"Pun begitu saya tidak serik untuk bercinta lagi," katanya kepada Astro Gempak.
Meskipun pernah dikecewakan kekasihnya yang berbangsa Melayu, namun Lizzy memberitahu hatinya masih terbuka untuk mana-mana jejaka tidak kira bangsa.
"Jika ditakdirkan saya bercinta dengan lelaki Melayu lagi selepas ini saya terbuka sahaja.
"Saya sebenarnya tidak memilih bangsa pun untuk menjalinkan hubungan cinta, asalkan lelaki itu sesuai dengan saya," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Lizzy kini baru sahaja muncul dengan sebuah single terbaharu Darling.
Darling dipilih menjadi runut bunyi drama My Darling Inspektor Daniel lakonannya bersama pelakon-pelakon lain seperti Aaron Aziz, Siti Elizad, Shahir, Erra Fazira dan ramai lagi.
My Darling Inspektor Daniel sudah mula ditayangkan di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
Thu Aug 10 2017
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.
GMW Giveaway: Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun
GMW Giveaway: Konsert Only Jiwang Jiwang Club
Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!
Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.
Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri
Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak. Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya
Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”
Ibu Zaki harap tak dikaitkan dengan isu itu.
Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.
Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Luah Hasrat Untuk Bertemu - “Saya Mahu Mengajak Sarah Yasmine Juga…”
Semoga dapat selesai dengan baik.
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.