Populariti barisan pelakon filem blockbuster Korea, The Battleship Island, Song Joong Ki, So Ji Sub dan Hwang Jung Min tergaman menyaksikan hampir 10,000 peminat hadir untuk bertemu mereka.

Kehadiran tiga aktor popular itu ke Kuala Lumpur adalah bersempena dengan tayangan gala filem terbaharu mereka, The Battleship Island selain bertemu peminat.

Turut serta dalam promosi jelajah filem tersebut di Asia Tenggara ialah pengarah filem bercorak aksi dan sejarah itu, Ryoo Seung-wan.

Di sini Astro Gempak kongsikan beberapa perkara menarik berlaku sepanjang acara tersebut berlangsung.

1.Untuk memastikan tidak terlepas peluang melihat tiga pelakon popular itu, difahamkan peminat muka beratur diperkarangan pintu masuk Pavilion sejak pagi untuk memastikan mereka mendapat tempat yang bagus.

2. Ada diantara mereka membawa sepanduk dan menjerit ‘Oppa’ (abang) untuk menarik perhatian pelakon-pelakon tersebut.

3. Sebaik sahaja sampai dilokasi, Song Joong Ki, So Ji Sub dan Hwang Jung Min terpegun melihat ribuan peminat yang hadir untuk bertemu mereka.

4. So Ji Sub tidak dapat menyembunyikan wajah kagum sambil tersenyum. Dia juga kerap berbisik-bisik bersama Song Joong Ki dan menoleh ke arah peminat.



5.Sebelum barisan pelakon filem The Battleship Island tiba, peminat dihiburkan dengan seleksi lagu Korea popular yang dimainkan dipintu masuk Pavilion antaranya Bang Bang Bang (BIGBANG), Blood, Sweet & Tears (BTS) dan Boombayah (BLACKPINK).

6.Tampil dengan memakai pakaian kasual, Pavilion mula bergema dengan laungan jeritan peminat yang melaungkan nama Song Joong Ki, So Ji Sub dan Hwang Jung Min dengan kuat. Hebat! (Okay korang yang baca nombor 5 ni mesti dengan nada fanchant kan?)

7. Tidak kurang juga ada peminat yang menangis sebaik sahaja melihat kelibat ketiga-tiga pelakon itu tiba. (Hebat bukan penangan bintang Korea ni?)

8. Walaupun baru sahaja tiba di Malaysia pada petang semalam dari Singapura, namun Song Joong Ki, So Ji Sub dan Hwang Jung Min tetap ramah dan tidak menunjukkan tanda-tanda penat.

9. Tidak seperti Song Joong Ki yang ramah dan kerap melambai-lambai ke arah peminat, lain pula wataknya dengan So Ji Sub yang kelihatan malu-malu. Mungkin dia tidak menyangka masih lagi mempunyai ramai peminat dikala usia 39 tahun.

10.Menariknya sebelum majlis berakhir, ketiga-tiga bintang popular ini juga turut berjalan ke dalam Pavilion untuk menyapa peminat yang tidak dapat melihat mereka kerana pandangan terhalang oleh pentas Walaupun hanya seketika, namun peminat tetap berpuas hati dapat melihat wajah mereka.

Teks oleh: Mya Amri
Kredit foto: GSC