Pelakon Shaheizy Sam terkejut apabila namanya telah diisytihar sebagai orang bankrap.
Menurut Sam, satu notis telah dikeluarkan kepadanya melalui Perintah Mahkamah oleh Kerajaan Malaysia di alamat penyerahan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Cawangan Wangsa Maju, Unit Undang-Undang.
Bagaimanapun Sam berkata, dia tidak pernah menerima apa-apa notis dan akan mendapatkan penjelasan daripada agen cukai berhubung perkara tersebut.
"Saya tidak peka mengenai perkara ini. Tiada seorang pun daripada LHDN yang datang kepada saya dan tidak ada notis daripada mereka dan ejen cukai saya.
"Malah ejen cukai saya juga naik turun LHDN beberapa bulan lalu.
"Yes. In fact the person from LHDN came to my house last two weeks and hand me over a CP 500 letter (notis anggaran berapa bayaran harus dibayar tahun ini) and still takde mention all this," katanya.
Bintang flem aksi lasak, Polis Evo itu turut berkata agen beliau sedang menghubungi LHDN untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara itu.
Semalam, satu notis kebankrapan telah dikeluarkan terhadap Shaheizy melalui Perintah Mahkamah oleh Kerajaan Malaysia di alamat penyerahan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Cawangan Wangsa Maju, Unit Undang-Undang.
Perintah Mahkamah tersebut disampaikan secara penyampaian ganti dengan salinan Notis Kebankrapan beserta dengan salinan Perintah Mahkamah tersebut di Papan Notis Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor di alamat terakhir penghutang penghakiman iaitu M-11 Mahogany Villas, Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor.
Iklan di sebuah akhbar Bahasa Malaysia untuk sekali siaran mengenai prosiding terhadapnya dan penyampaian yang sempurna dan cukup akan Notis Kebankrapan tersebut ke atasnya tujuh hari selepas tarikh akhir perbualan penampalan-penampalan dan pengiklanan tersebut.
Notis itu turut menyebut ianya boleh diperiksa olehnya dengan permohonan kepada Mahkamah ini.
Sumber: Astro Awani
Rozaimi Zubaidi
Thu Aug 10 2017
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai
DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?
Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Naim Daniel tarik diri...
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.
Suami Sepupu Eyra Hazali Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM - “Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat…”
Semoga roh mangsa terlibat ditempatkan bersama orang beriman.
Nahas Helikopter TLDM: Tiada Terselamat, 10 Dilaporkan Terkorban
Seramai 10 orang dilaporkan terkorban selepas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam kejadian di Kem Tenteral Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.
Nyanyian Alif Satar & The Locos Raih Pujian Netizen, Siap Diberi Jolokan Bruno Mars Versi Malaysia!
Sepotong video nyanyian kumpulan Alif Satar & The Locos (ASTL) berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Nafi Dakwaan Sukar Dihubungi, Ippo Hafiz Enggan Jaja Kisah Rumah Tangga - “Dia Masih Isteri, Jadi Lindungilah Maruah Suami”
Penyanyi Ippo Hafiz menafikan kenyataan Fara Roslan dan dakwaan yang tersebar di laman sosial mengatakan dia sukar dihubungi untuk bertemu anak kedua mereka, Ibrahim.
Dua Helikopter Terhempas Ketika Raptai Di Pangkalan TLDM Lumut
Dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, pada Selasa.