Ini bukan nasi lemak sembarangan! Bukan Nasi Lemak Paru atau Nasi Lemak Sambal Sotong.
Ini ialah Nasi Lemak Lobster yang semakin mencuri perhatian di negara jiran, Singapura.
Menu yang dihidangkan khas di sebuah gerai bernama Lawa Bintang di Tampines, Singapura itu pada mulanya mendapat aduan dek harga terlalu mahal.
Bagaimanapun, harga 22 Dollar Singapura (RM69) untuk sepinggan Nasi Lemak Lobster yang ditawarkan berbaloi dengan rasa yang menyelerakan.
Nasi lemak premium itu dihidangkan bersama seekor lobster bersalut minyak bawang putih dan tiga jenis keju berbeza itu dipanggang dan diadun dengan pelbagai jenis herba untuk meningkatkan rasa udang jenis itu.
Bagi yang merasakan harga itu terlalu tinggi, pilihan nasi lemak biasa (dihidang bersama telur, timun, kacang dan sambal) dijual dengan harga 9 Dollar Singapura (RM28) sepinggan.
Gerai Lawa Bintang itu dibuka dari pukul 9 pagi hingga pukul 2 petang setiap hari kecuali Isnin. Jangan risau kerana hidangan mereka dijamin halal!
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: FB Lawa Bintang Page
Amri Hassan
Thu Aug 10 2017
GMW Giveaway: Ziana Zain Konsert 2024
Netizen Puji Kegigihan DSV Buat Trend ‘Asoka’ - “Yang Baru Plan Nak Buat, Lupakan Hasrat... Kita Dah Ada Pemenang”
Wah DSV pun dah buat trend Asoka.
Hadiri Met Gala, 163 Karyawan & 1,965 Jam Siapkan Sari Alia Bhatt
Met Gala berlangsung penuh meriah di Muzium Seni Metropolitan di New York pada Isnin.
“Tak Pernah Bayang Perkara Ini Berlaku Di Negara Kita” - Safee Sali Terkejut Faisal Halim Disimbah Asid
Sama-sama kita doakan Faisal Halim cepat sembuh.
Netizen Tegur Aiman Hakim Ridza Kongsi Foto Cium Zahirah MacWilson - “Tetap Haram Ditunjuk Walau Dah Halal”
Alamak...
Netizen Teruja Lihat Safawi Rashid Ajar Anak Sepak Bola - “Dik Awak Tahu Tak Bapa Awak Tu Pawi”
Netizen kata ajar awal tak kalut.
Sudah Lama Terputus Hubungan Dengan Syamsul, Yusof Haslam Enggan Komen Dakwaan Ira Kazar Hamil
Datuk Yusof Haslam enggan mengulas lanjut tentang dakwaan isteri anaknya Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar kini dikhabarkan sedang hamil.
Kisahkan Tentang Penyeluk Saku, Ini Fakta Menarik Drama Bercakap Dengan Jun
Baru sahaja ditayangkan 1 Mei lalu, drama adaptasi novel Bercakap Dengan Jun karya Hasrul Rizwan mungkin membuat ramai penonton tertanya-tanya kisah disebalik drama tersebut.
Terkini: Faisal Halim Dah Mula Jamah Makanan, Cuba Latihan Ringan
Alhamdulillah.
AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.