Nama pelakon Eina Azman menjadi sebutan netizen kerana sempat membantu golongan gelandangan ketika sedang bercuti bersama keluarga di Paris.

Menerusi sebuah entri di Instagram (IG), Eina telah berkongsi sebuah video dia dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden meluangkan masa untuk memberi bantuan makanan kepada golongan kurang bernasib baik yang dipercayai pelarian daripada Syria.

"Salam semua, hari ni adalah hari terakhir saya dan suami berada di Paris. Alhamdullilah, gembira dapat meluangkan masa berdua dengan suami, tapi dalam kegembiraan kami, kami juga agak rasa sedih.

"Kami sedih apabila melihat anak-anak kecil yang tidur di tepi jalan dengan kelaparan bersama keluarga. Hari-hari saya akan lalu kawasan Lafayette dan Champ Elysees saya akan nampak mereka yang kebanyakkannya orang Syria.

"Mereka tak minta saya duit tetapi cuma mahukan makan! Ya allah, saya post ni sebab saya terasa sangat-sangat, sebabnya saya pun ada anak kecil iaitu Aubreykarl.

"Bayangkan kalau kita di tempat mereka? Bayang kan kalau anak-anak kita yang tidur di tepi kaki lima dengan keadaan sejuk. Kalau kita tak boleh beri dari segi Wang, kita boleh tolong dari segi macam mana pun yang kita mampu. Yang penting ikhlas!.

"Ya Allah kalau kita rasa diri kita susah, ramai lagi yang hidup susah. Jadi bersyukurlah dengan apa saja yang kita ada, jgn la pernah ada rasa tidak bersyukur," tulisnya.

Rata-rata netizen mengakui tersentuh dengan sikap Eina yang prihatin dan mereka berharap agar lebih ramai insan dapat datang menghulurkan bantuan kepada orang yang lebih memerlukan.

@thecrazypants: "Salute, Semoga Allah murahkan lagi rezeki kamu dan suami serta diberi kesihatan yang baik".

@zhnar206: "Bagus sangat @eina_azman ni. Dekat Malaysia pun dia bagi makanan macam ni jugak, dekat luar negara pun bagi macam ni jugak. Semoga Allah murahkan lagi rezeki Eina dan suami."

@succiqaseh: "Sungguh mulia hati kalian. Moga Allah S.W.T. murahkan rezeki kalian sekeluarga dan memberi rezeki yang berpanjangan. Aminnn. Respect".

@nfarhana.ismail: "Moga Allah balas dengan sebaik-baik pahala untuk kamu dan suami. Moga murah rezeki limpah ruah dari Allah".

@candywax.malaysia: "Semoga amalan Eina menjadi senjata kebahagiaan awak di dunia dan di akhirat serta dilipat gandakan rezeki buat Eina sekeluarga. Really proud of you dear".


Video yang dikongsikan itu telah ditonton lebih 133 ribu dan mendapat 700 komen.


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi