Nampaknya ramai yang teruja menanti kemunculan selebriti fesyen Wak Doyok, dalam filem pertamanya Abang Long Fadil 2.

Malah menerusi sebuah entri di laman sosial Instagram (IG), ramai yang menyamakan Wak Doyok dengan pelakon lagenda drama bersiri Gerak Khas, A. Galak.

Dua hari lalu, Wak Doyok telah memuat naik fotonya daripada salah sebuah babak filem arahan Syafiq Yusof itu dan telah mendapat pelbagai reaksi pengikut IGnya.

Bagaimanapun ada juga yang menyatakan rasa tidak puas hati kepada Wak Doyok kerana membocorkan 'kematiannya' kepada umum.






Abang Long Fadil 2 merupakan sebuah komedi aksi yang juga sekuel kepada filem Abang Long Fadil.

Selain Wak Doyok, filem ini turut dibintangi Zizan Razak, Datuk AC Mizal, A.Galak, Shuib Sepahtu, Achey Bocey, Tania Hudson, Syamsul Yusof dan ramai lagi.

Filem ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 24 Ogos 2017.