Suami kepada bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria akui terkejut apabila isterinya membuat kejutan untuk ulang tahun kelahirannya yang ke- 43.

Kata Faizal atau lebih mesra disapa Jai ini, dia begitu terharu kerana isterinya turut menyediakan hadiah hari jadi berupa sebuah scooter unik.

Perkara itu dikongsi oleh Jai menerusi entri terbaru diakaun Instagram (IG)nya malam tadi.

“Terima Kasih Sayang @abby_abadi112 tak sangka langsung nak bagi hadiah ni. Terharu sangat-sangat. Tak terkata terkata.

“Terima Kasih, Moga Allah berkati dan rahmati hidup sayang dunia akhirat. Love You,”
tulisnya.

Dalam pada itu, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, juga turut berkongsi momen-momen indah itu menerusi IGnya.

“Kejutan untuk Suami, 10 August 2017. Alhamdullillah, berjaya juga walaupun plan ala-ala manja. Sambut pun dekat rumah sahaja.

“Berjaya buat suami gembira dan merah mata dia. Yeayyyyyyy!!!! Hehe,”
tulisnya.

Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto menarik sambutan hari jadi pasangan t
tersebut.

Supriseeeee untuk Suami 10August 2017 . Alhamdullillah Berjaya juga Walaupun plan ala2 manja Sambut pun dekat rumah je ? . Berjaya buat Suami happy Dan merah mata dia Yeayyyyyyy!!!! Hehe . Terima Kasih @harleyscootermalaysia Yg melayan baik Saya Delivery sampai depan rumah Terbaik servicenya hehe . Terima Kasih Adik Ridzwan Dan keluarga Dari @mbestz_partyshop Yg siap tiupkan Sy semua Belon2 ni Utk bagi berseri majlis malam ni ? . Terima Kasih Mak Ayah Adik beradik Saya Anak2 buah Cucu2 Saya Yg sudi masak sama2 Dan memeriahkan majlis tadi . Subhanallah Rezeki melimpah ruah... Terima Kasih ALLAH ?

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Senyum bahagia ? . Terima Kasih @azlina_gani Sudi terima tempahan kita Ikut tema gitu hehe . PS: Jangan nangis ye kita share gmbr pepagi ni.... Majlis meriah. Jadi gmbrpun meriah hehe ?

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Terima Kasih Sayang @abby_abadi112 tak sangka langsung nk bagi hadiah ni....terharu sgt2....x terkata.... . Terima Kasih, Moga Allah berkati dan rahmati hidup sayang dunia akhirat. . Love U

A post shared by Faizal Zakaria (@jaiezzany) on

Rehearsel sebelum suami balik tadi . PS: Gambar kedua tu, gambar Abg ipar Sy. Sengal2 tu.. Penyeri majlis hehe.. Cc: @ecahgojes Bahahaha... . Ps: Mata dah ngantuk... Sambung esok ye hihihihi

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on


Teks oleh: Mya Amri