Pintu masuk utama pusat membeli-belah Pavilion sudah mula dibanjiri ribuan peminat bintang Korea Selatan, Song Joong Ki, So Ji Sub dan Hwang Jun Min.

Tiga aktor popular itu berada di Kuala Lumpur bersempena tayangan gala filem terbaharu mereka, The Battleship Island.

Turut serta dalam promosi jelajah filem tersebut di Asia Tenggara ialah pengarah filem bercorak aksi dan sejarah itu, Ryoo Seung-wan.

Menerusi tinjauan Astro Gempak, peminat yang berkumpul di Pavilion terdiri daripada rakyat tempatan dan luar negara termasuk Singapura, Thailand, Korea dan Australia.



Kesemua bintang The Battleship Island dijadualkan tiba di Pavilion jam 7 malam ini.

The Battleship Island merupakan filem yang dinanti ramai dan dilaporkan sebanyak 113 buah negara bersedia menayangkannya.

Ia mengangkat kisah benar yang berlaku ketika Perang Dunia ke-2 mengenai buruh paksa Korea yang dikerah bekerja di sebuah lombong arang batu milik tentera Jepun di pulau Hashima.

Pulau berkenaan sebenarnya adalah kapal besar yang menjadi pusat operasi melombong arang batu dasar laut, lengkap tempat tinggal dan pusat pelacuran khusus untuk tentera.

Filem terbabit dijadualkan tayangannya di negara ini bermula 17 Ogos.