Amar Baharin Ketawa Tengok Video Kahwin Aaron Aziz Dan Amyra Rosli

24 Oktober 2016. 6.24 PM
164,303
Hiburan
Amar Baharin Ketawa Tengok Video Kahwin Aaron Aziz Dan Amyra Rosli

Pelakon Amar Baharin ketawa besar selepas melihat video kahwin bakal isterinya, Amyra Rosli dan Aaron Aziz

Video tersebut dimuatnaik Aaron ketika penggambaran drama terbaru terbitan Global Station, Tuan Ihsan yang bakal disiarkan di Astro Ria.

Amar berkata dia agak terkejut dengan tindakan spontan Aaron dan tidak menyangkan aktor berasal dari Singapura itu rupa-rupanya seorang yang pandai bergurau.

“Saya tak rasa marah atau pun geram tetapi apa yang Aaron buat itu saya rasa comel dan kelakar.

“Sebelum ini saya fikir Aaron seorang yang serius tetapi apabila dia buat video seperti itu, saya rasa dia memang jenis yang selamba.

“Pengikutnya di Instagram pun rasa terhibur dengan dengan video yang dia buat itu,” kata Amar ketika dihubungi Astro Gempak.

Dalam pada itu, Amar juga turut memberitahu mengenai persiapan pernikahannya yang kini hampir 95 peratus siap.

Bagaimanapun kata Amar masih belum ada debar kerana sibuk dengan kerja-kerja di lokasi penggambaran.

“Buat masa sekarang saya tak rasa apa-apa lagi. Rasa gementar masih lagi diperingkat hijau.

“Mungkin bila tiba masanya nanti perasaan gementar itu akan muncul.

“Apa-apa pun apa yang saya harapkan majlis pernikahan saya bersama Amyra berjalan dengan lancar dan selamat, Amin,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Amar baru sahaja selesai membintangi telemovie Hanya Aku yang akan disiarkan di sebuah televisyen swasta tidak lama lagi.


Teks Oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir






Artikel Berkaitan


Komen