Penyanyi dan pelakon Amy Mastura memberitahu karier nyanyiannya masih belum terkubur.

Menurut Amy, dia mempunyai rancangan untuk mengeluarkan single baharu namun terpaksa melupakan seketika hasrat tersebut kerana kini sedang sibuk dengan karier lakonan.

"Kalau ikutkan cita-cita itu, memang nak sangat untuk hasilkan single baharu namun saya masih mencari material yang bagus.

"Bagi saya jika nak keluar single baharu ini kena susun strategi kerana peminat sekarang pun sudah pandai menilai.

"Saya tak boleh main pilih lagu begitu sahaja kerana saya ingin memberi sesuatu yang berbaloi apabila peminat mendengarnya nanti.

"Insya-Allah, tahun depan saya akan keluar dengan lagu baharu dan buat masa sekarang saya cuma fokus kepada lakonan dahulu," katanya kepada Astro Gempak.

Amy berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Episod 15 Mencintaimu Mr. Photographer dan Sesi Ramah Mesra bersama peminat, di Cathay Cineplex, E@Curve, Damansara, baru-baru ini.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi