Gara-gara memberi anak lelakinya memakai gaun, pelakon terkenal Hollywood, Pelakon Megan Fox dikecam netizen.

Tindakan Fox memakaikan Noah Shahnon, 4, gaun salah satu watak animasi popular Frozen, Elsa, mengundang rasa tidak puas hati pengguna laman sosial.

Heroin filem Transformers itu memuat naik foto Noah bersama seorang lagi puteranya Brian di akaun laman sosial Instagram.

Antara komen-komen netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan Fox:

"Kanak-kanak lelaki tidak seharusnya memakai gaun! Sangat kecewa apabila masyarakat mengatakan ianya tidak mengapa."

"Kenapa kamu membiarkan putera kamu pakai gaun? Kamu tidak mahu mendorong mereka buat pakai kostum Ninja Turtles? Anak-anak membesar berdasarkan keputusan ibu bapa mereka."

Bagaimanapun ia bukan pertama kali Fox mengenakan gaun perempuan kepada anaknya itu kerana sebelum ini Noah pernah dilihat memakai gaun puteri dalam watak Cinderella.

Sumber: Hollywood Life