Pelakon filem The Battleship Island, Song Joong Ki mendedahkan kerap ke panggung wayang untuk menonton lakonannya sendiri.

Joong Ki berkata dia berasa teruja dan gembira melihat reaksi penonton ketika di dalam panggung wayang.

“Memang saya suka ke panggung wayang dan kadang-kadang saya akan duduk bersebelahan dengan penonton lain tanpa mereka mengetahui identiti saya.

“Seronok menonton lakonan sendiri ditayangkan di skrin layar dan penonton pula tidak menyedari tentang kehadiran saya.

“Saya suka melihat reaksi dan respon penonton terhadap filem yang ditonton termasuklah keluhan, nada gementar dan gelak ketawa.

“Kadang-kadang saya juga mendengar komen-komen negative yang diberikan oleh mereka, bagi saya pendapat penonton amat penting untuk memperbaiki mutu dan kualiti lakonan,” katanya seperti yang dilapor portal The Korea Herald.

Dalam perkembangan lain, Song Joong Ki, So Ji Sub, Hwang Jung Min dan direktor filem The Battleship Island, Ryoo Sung Wan akan berada di pusat membeli-belah Pavillion, Kuala Lumpur esok pada jam 7 malam.

Kehadiran bintang ternama Korea itu adalah bertujuan untuk mempromosikan filem terbaru dan juga bersempenan dengan siri jelajah The Battleship Island Malaysia Star Tour.