Penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 33, mencuri perhatian netizen apabila berkongsi detik perkenalannya sebelum mengambil keputusan berkahwin dengan Shuib.

Menerusi entri di Instagram (IG) miliknya, kapsyen yang ditulis oleh Siti Sarah telah membuatkan ramai pengikutnya berasa sebak dan terharu.

"Kita kenal tak lama sekejap je dah nikah. Itulah jodoh. Masa nak nikah tu, I ingat lagi, you job pun tak berapa nak ada. Kadang-kadang risau juga. Tapi you bukan lelaki yang jenis tunggu job. Ada saja benda yang you nak buat untuk dapatkan rezeki.

"Ingat lagi, you sanggup kerja jual ayam percik di bazar ramadan. Masa itu ramai yang cakap, Kenapa dia? Takkan kau nak kahwin dengan Shuib??.

"Terus terang I tak ada jawapan untuk soalan itu. Cuma jawab dalam hati sajalah. Yang tahu (kenal) Shuib itu aku saja. Sampai ada yang kata Shuib pakai ilmu guna-guna.

"Sekarang, syukur Alhamdulillah, berkat hasil usaha you. Orang macam you ni, In Sya Allah rezeki banyak. Kerja tak mengelat, tak pandai curi tulang, tak suka burukkan orang, buat kerja bersungguh-sungguh, kalau tak tahu akan ambil tahu.

"You juga akan berkongsi rezeki dengan keluarga (tak kedekut). Semoga perkawinan kita ini diberkati, dirahmati dan dipermudahkan. Setiap perkahwinan itu pasti ada dugaan tetapi saya sangat bersyukur kerana terlalu ramai yang mendoakan kami.

"Syukur, syukur, syukur dan terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kamu semua," tulisnya.


Rata-rata netizen yang membaca entri tersebut mengakui sebak dan mendoakan agar jodoh mereka berpanjangan.

@meyabellaperfume: "Nak menangis la baca. Alhamdulillah, moga jodoh korang kekal ke jannah, suka tengok orang humble dan tak pilih bulu ni. Tahniah agains kerana dapat pasangan yang baik.. Itulah rezki.

@iamroseahmad: "Yang kawen grand-grand tu pun last-last cerai tak guna jugak. Respect la Sarah dan Shuib. Semoga kekal bahagia selalu.

@awesome_stuff95: "Wah, sedih nak nangis. Semoga cinta kalian diberkati dan dirahmati serta dijauhkan dari segala kejahatan manusia."


Entri tersebut mendapat hampir 52,600 likes dan 815 komen.

kite kenal tak lama sekejap je dah nikah .. itu la jodoh.. masa nak nikah tu I ingat lagi u job pon tak berapa nak ada??? kdg risau jugak. tapi u bukan lelaki yg jenis tunggu job.. ada je bende yg u nK buat utk dapatkan rezeki.. ingt lagi u sanggup keje jual ayam percik kat baza romadan masa tu ramai yg cakap masa tu kenapa die .?!?!? Takkan ko nak kawin dengan Shuib??? Rerus terang I tak de jawapan tuk itu.. cuma jawab dalam hati je la..yg tau shuib tu aku ??? sampai ada yg kata shuib pakai ilmu guna2 hahahahha.. sekarang syukur alhamdulillah .. berkat hasil usaha u . org macam u ni Insyaallah rezeki banyak.. kerja tak mengelat.. tak pandai curi tulang..tak suke burukkan org .. buat kerja bersungguh kalu tak tau akan cari tau.. berkongsi rezeki dengan keluarga (tak kedekut) moga perkawinan kita ni diberkati dirahmati dipermudahkan .. setiap perkahwinan itu pasti ada dugaan .. tapi saya sangat bersyukur, terlalu ramai yg mendoakan kami ... syukur syukur syukur dan terima kasih..hanya Allah yg dapat membalas jasa kamu semua???

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on