Bekas anggota kumpulan Sleeq, Syarif, selamat menimang cahaya mata kedua pada Ahad lalu.

Syarif menerusi entri di laman Instagram (IG) berkongsi berita gembira tersebut selepas isterinya, Malaque selamat melahirkan bayi lelaki.

Penyanyi berasal dari Singapura itu turut meluahkan rasa syukur dengan kehadiran puteranya itu.

"Alhamdulillah. Our prince was safely delivered on the 6th of August at 1411hrs. Welcome to this world my love. Thank you all for the well wishes and prayers,"

Syarif turut memuat naik foto yang menunjukan sebahagian wajah bayinya itu.
Selain memuat naik fotonya bersama isteri dan anak pertamanya.

Terdahulu Syarif dan isteri telah dikurniakan seorang anak perempuan Selma yang berusia 2 tahun.