Pelakon Hanis Zalikha ditegur beberapa pengikut laman sosial Instagram yang mempertikaikan caranya menggendong Yusof Iskandar.

Hanis Zalikha ditegur selepas dia memuat naik foto ke akaun instagram, @theyusufiskandar yang menunjukan dia sedang menggendong anaknya itu dengan menggunakan kain yang diikat ditepi bahunya.

Menerusi entri itu, dia turut menulis kapsyen "Family day out".

Peminatnya turut memberitahu Hanis perlu terlebih dahulu belajar cara yang betul menggunakan kain yang dinamakan ring sling itu sebelum memakainya.

Terdahulu, suami Hanis iaitu Hairul Azreen pernah dikritiknetizen kerana tindakannya melambung tinggi anak mereka.

Berikut merupakan beberapa komen netizen yang ditujukan kepada Hanis:



Teks oleh: Syafiqah Jalal