Khas buat tatapan pembaca, Astro Gempak kini membawakan segmen terbaru iaitu Cerita Pendek Gempak dengan hashtag #GempakShortStories.
Menerusi segmen ini, pembaca akan disajikan dengan karya-karya penulisan yang menarik.
Oleh itu kami paparkan cerita pendek kedua untuk minggu ini berjudul Wajah Pada Dinding.
Selamat membaca!
***********************************************************************************
Aku tidak faham kenapa pada dinding tersebut terdapat wajah-wajah penuh amarah. Adalah selamat sekiranya aku menjarakkan diri dan mengkajinya dengan lebih terperinci. Sepuluh wajah pelbagai jenis, tanpa aku ketahui jantina mereka, sedang berkerutan dahi mereka. Mulut masing-masing ternganga. Sifat dinding putih yang warnanya sekata membunuh identiti wajah-wajah terbabit. Tidak kelihatan bagaimana sifat rambut mereka dan juga telinga. Hanya satu bujuran wajah dari ubun kepala hingga ke dagu. Kerutan pada dahi mereka tidak sekata. Jika hendak dikelaskan kemarahan mereka, pastinya aku menganggap wajah terhujung merupakan yang paling marah sekali, dek kerana kerut-kerut pada dahi dan bentuk mulutnya yang senget ternganga. Matanya dijegilkan. Manakala wajah paling kiri pula agak tenang, separa tawa, separa marah. Tawa seorang yang menahan amarah. Bagaimanakah itu? Mengapa ia begitu penting?
Penting kerana aku adalah penghuni baru rumah yang terletak di Kerinchi ini. Aku membeli rumah banglo ini dengan harga mencecah jutaan ringgit. Belum lagi dikira ratusan ribu yang digunakan untuk memulihkan binaan usang ini. Namun usaha itu nampaknya dicemuh oleh kemunculan sepuluh wajah amarah pelbagai jenis pada dinding bahagian ruang tamu. Selaku seorang usahawan yang dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan sains dan pertanyaan kritikal, aku tidak melihat kemunculan sepuluh wajah itu selaku sesuatu yang harus ditakuti. Pastinya ada jawapannya tersemat di mana-mana.
Kemunculan wajah itu baru berlaku dua hari lepas. Seingatku, sebelum itu, dinding itu cantik sahaja catnya, ditambah pula dengan hiasan mozek indah yang mewarnai setiap sudut rumah. Pada bahagian itu, sebelumnya, licin tanpa cacat cela. Dan hari ini, wajah-wajah itu kian beroleh momentum pembentukkannya. Semakin lama, semakin nyata sifatnya. Lekuk hidung yang tepat, kerut-kerut yang sempurna teksturnya. Jika pengukirnya itu manusia, haruslah dipuji hasil kerja tangannya yang indah.
Dan masalahnya, tidak mungkin seorang manusia boleh mengukirnya dalam masa beberapa jam sahaja! Perubahannya dari sehari ke sehari juga tampak jelas. Seolah-olah sepuluh wajah itu milik manusia-manusia yang akan keluar dari dinding setelah menikmati amarah selama berhari-hari. Kegilaan apakah ini? Justeru itu, mantan tuan rumah telah dipanggil ke rumah untuk membicarakan hal itu.
Mantan tuan rumah itu, seorang tua dipanggil Ah Kok, berusia 72 tahun. Pakaiannya kemeja kemas biarpun sekadar berseluar pendek tidak menutup lutut menjadi gandingannya. Tubuhnya kurus benar tetapi wajahnya yang dimamah usia tampak berseri-seri. Mungkin matlamat hidupnya telah banyak dikecapi. Tampak puas dengan hidup. Begitulah tanggapanku tatkala bertemu dengannya. Ya, menjual rumah itu kepadaku, adalah satu perkara yang baginya, suatu kejayaan.
Dia mendekati sepuluh wajah tersebut dan mengamatinya satu-persatu. Sesekali dahinya digaru. Dia seolah cuba mengingati sesuatu dalam lembaran memori yang barangkali terlipat jauh di balik benak yang tersimpul lama.
“Saya cadangkan kamu pecahkan dinding ini dan saya akan tanggung kosnya. Saya jamin, masalah ini takkan berulang lagi” ujarnya, tanpa menjelaskan sebab-musabab kemunculan wajah-wajah itu. Ada rahsia cuba disimpan, aku dapat membacanya dari raut wajah tua itu.
Selaku seseorang yang tidak suka membongkari rahsia orang, aku bersetuju sahaja. Apa yang aku mahukan hanyalah jaminan, agar masalah itu tidak berulang lagi. Ah Kok berkata, dia akan memanggil sami untuk membacakan mantera agar masalah itu tidak muncul semula. Aku skeptikal, tetapi bagiku, aku tiada halangan untuk membenarkan sami itu masuk ke rumah. Anggap sajalah itu caranya. Bukan aku percaya sangat juga.
Maka beberapa hari sesudah itu, sekumpulan pekerja binaan mula memecahkan dinding tersebut. Aku mengutip serpihan batu yang membentuk wajah itu dan mengamatinya. Apabila dihancurkan sebegitu rupa, hilang langsung sifat manusiawinya tadi. Seolah memberitahu betapa manusia itu, tanpa emosi, tidak lebih dari sekadar objek-objek biasa.
Bencana bermula pada hari ke sepuluh. Seorang dari pekerja yang terlibat tidak menghadirkan diri. Ketika itu Ah Kok juga turut berada di rumah itu, memantau kemajuan kerja pekerja-pekerja tersebut. Dinding telah dipecahkan. Bahkan kerja-kerja menyusun kembali batu-bata sebelum diplaster telah dijalankan separuh. Apa yang membuatkan aku musykil adalah binaan dinding kali ini begitu tebal sekali. Cukup lebar untuk meletakkan tubuh manusia di dalamnya. Atas tujuan apa?
Kata Ah Kok, pihak perunding kejuruteraan yang mengendalikan kerja-kerja pembaikpulihan ini telah mencadangkan ketebalan itu. Terdapat sedikit ruang di tengah dinding untuk memastikan pengudaraan yang elok. Biarpun ada sedikit keraguan dalam hati, aku anggukkan sahaja. Bagiku, tiada masalahpun jika dinding itu tebal sedikit.
Maka kerja-kerja pembaikpulihan terus berlangsung tanpa sebarang masalah sesudah itu. Cuma kelakuan Ah Kok sahaja yang aku risaukan. Kerap benar dia datang ke rumah ini tanpa diundang. Bahkan sudah berapa kali dia datang tanpa memaklumkan aku terlebih dahulu. Barangkali orang ini sudah lupa, rumah itu sudah bertukar tangan. Sehinggalah sampai satu peringkat, dia terlupa untuk menegurku.
Adakalanya dia duduk di ruang tamu, tanpa mengendahkan aku langsung. Apabila aku berbual dengannnya, matanya kadangkala tidak fokus. Seolah dia melihat menembusi jasadku. Adakah kelakuan ini berpunca dari penyakit tua, tidaklah aku pasti. Cuma aku berasa kecewa diperlakukan sebegitu rupa. Tidaklah pula aku mengadukan hal itu pada Ah Kok. Aku biarkan sahaja untuk satu tempoh. Sehinggalah aku dengan sengajanya mengunci pintu pagar agar orang luar tidak boleh masuk tanpa izinku.
Biarpun begitu, walau bagaimana sekalipun aku menguncikan pintu pagar itu, para pekerja dan juga Ah Kok sendiri, dengan mudah sekali masuk ke halaman rumah. Pagar itu bergerak setiap kali ditolak, seolah-olah kunci yang aku gunakan itu imaginari sifatnya. Semakin lama, aku meragui akan kewujudan diriku. Adakah aku benar-benar wujud di rumah ini?
Suatu hari, pada hari kelima-belas, aku bancuhkan air kopi untuk diriku sendiri tanpa mengendahkan Ah Kok yang giat berbincang dengan pekerja-pekerjanya. Aroma kopi itu terlalu kuat pula, membuatkan aku memeriksa paket bungkusan untuk memastikan tarikh luput. Ah, ada enam bulan lagi. Sepatutnya tiada masalah. Namun kepalaku berpinar benar. Lalu sesudah meneguk segelas kopi, aku duduk di sofa. Aku memerhatikan dinding yang gemuk itu, seolah perut ibu mengandungkan anak kembar. Dan wajah-wajah aneh kelihatan pada permukaan dinding yang membulat itu. Timbul tenggelam. Aku menggelengkan kepalaku dan mengerdipkan kelopak mata berulang kali untuk memastikan aku tidak tersalah tengok.
Kali ini berbeza benar. Aku tidak pasti adakah hal ini berkait rapat dengan kepercayaan Ah Kok. Hendak dikatakan mantera sami yang dikatakan Ah Kok, rasanya belum lagi aku melihat kelibat sami tersebut. Semakin lama, wajah-wajah yang terbentuk itu kian timbul dan bergerak-gerak. Dari raut wajah, terpampanglah pula lekuk tubuh mereka, bertindanan antara satu sama lain. Ah Kok ketika itu masih tekun memberikan arahan demi arahan kepada pekerja-pekerjanya tanpa menyedari akan perubahan yang berlaku pada dinding itu.
Aku mendekati dinding tersebut. Aku tidak boleh menerima imej-imej sebegini bermain-main dalam otakku. Aku harus membuktikan kebenaran pada ilusi sebegini agar hidupku tenteram. Dinding sudah diplaster, catnya putih dan berombak-ombak dengan pergerakan itu. Tatkala aku menghampiri, tiba-tiba setiap wajah dan susuk tubuh manusia yang timbul tadi lenyap. Aku mengusap dinding itu perlahan-lahan. Tiada apa perubahan berlaku sama sekali.
Tatkala aku berpaling pada Ah Kok, aku mendapati mereka sedang memerhatikan aku dengan pandangan yang aneh sekali. Mereka merapati dan aku mendapati wajah-wajah mereka itu mirip dengan wajah-wajah amarah pada dinding tempoh hari. Aku berundur tetapi akhirnya disekat dinding. Sebelum sempat aku melarikan dinding, beberapa buah tangan muncul dari permukaan dinding yang baru itu lalu mencengkam pergelangan tangan dan kakiku. Aku cuba meronta sekuat mungkin tetapi tidak berhasil.
Ah Kok tunduk memerhatikan tubuhku. Aku lega juga kerana dia tidak meraba atau menyentuh apa-apa. Sesudah itu dia berpaling pada pekerja-pekerjanya yang berbaki tiga orang itu.
“Plaster elok-elok sikit. Tak cantik langsung begini. Tengok, dah terkopak”
Sebaik sahaja dia berkata begitu, aku dapat rasa kulitku merekah dengan sendiri. Satu persatu kepingan kulit kering gugur. Tidaklah pula aku merasa sakit. Hanya dingin sahaja. Bahagian yang terkopak itu tidaklah pula kekal dengan warna kulitku yang sawo matang itu. Apabila jatuh ke lantai, kepingan demi kepingan tersebut bertukar menjadi empingan-empingan cat putih kering. Semakin lama, semakin banyak pula tangan terbit dari dalam dinding dan mencengkam tubuhku. Aku dipeluk dari bahagian tengkuk hingga ke kaki. Tiada langsung pergerakan boleh dibuat. Buntu, aku pasrah.
Pekerja-pekerja tersebut mula mengambil tin cat dan berus, lalu menyapukan cat putih itu ke seluruh tubuhku. Pada pandangan mereka, aku tidak wujud. Aku hanya selapisan dinding yang harus dikemaskan permukaannya. Cat putih yang dingin itu mula mengering dan membuatkan tubuhku kebas. Semakin lama, semakin hilang pancaindera. Dan akhirnya hanya tinggal wajahku sahaja yang tidak dicalit cat. Seraya itulah Ah Kok mengarahkan pekerja-pekerjanya berhenti.
“Kamu pergi rehat dulu. Nanti sambung lagi”
Dan hanya kami berdua sahaja di ruang itu. Pekerja-pekerja tadi beransur ke halaman rumah untuk makan tengahari. Ah Kok meneliti wajahku untuk satu tempoh yang lama sebelum menepuk-nepuk pipiku berulangkali.
“Masalah dengan orang baru, mereka bising sangat. Wajah-wajah pada dinding, patut bukan masalah, tetapi orang baru suka mengadu benda bukan-bukan. Inilah akibatnya” ujarnya.
Nyata sekali dia tahu apa yang berlaku padaku. Ah Kok menyeringai kali ini dengan berus cat yang telah disalut dengan cat tebal. Luarbiasa pula cat itu pada penglihatanku. Tanpa ragu-ragu, dia memalitkan cat itu pada wajahku. Aku memejamkan mata, menutup bibir dan menahan nafas untuk mengelakkan cat itu dari memasuki mata, mulut dan hidungku. Apabila Ah Kok selesai dengan tugasannya, aku cuba membuka mata, mulut dan hidungku. Tidak berhasil. Paru-paru membara, nafas tersekat. Aku sedar, aku akan mati jika tiada sesiapa menyelamatkanku.
Mengapa mereka memperlakukan aku sebegini? Apa salahku?
Dalam kepayahan mencari sisa-sisa nyawa yang akan lenyap tidak lama lagi, aku dapat dengar suara Ah Kok samar-samar dalam kegelapan.
“Dah boleh cari pembeli baru. Rumah dah siap baikpulih! Ho ho!”
Mya Amri
Mon Aug 07 2017
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.
Lawak Atau Koyak S2 | Fahimi jadi Angau, Kecik jadi bangang.
Penatlah Fahimi Rahmat nak layan Kecik dengan soalan bangang dia tu. Pening dia nak jawab. Layan video ni sampai habis okay. Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan
Pembantu peribadi Bella pula tampil bersuara.