Penyanyi dan pelakon Izzue Islam kini tampil dengan kanta lekap keluarannya sendiri iaitu, ‘Lookalike’ yang memilki pelbagai jenis warna.

Izzue berkata, idea untuk mengeluarkan kanta lekap sendiri terbit selepas melihat ia menjadi trend dikalangan rakyat Malaysia.

“Saya lihat orang kita ramai yang suka pakai kanta lekap berwarna, baik wanita mahupun lelaki. Jadi saya dan isteri membuat sedikit penyelidikan untuk menghasilkan ‘Lookalike’ yang menjanjikan keselesaan dan kualiti kepada pengguna.

“Tidak ada isu orang lain keluarkan kanta lekap, Izzue Islam pun keluarkan kanta lekap. Orang berniaga perlu positif dan bersaing dengan cara yang sihat,” katanya ketika di temui Astro Gempak pada majlis meraikan ‘Lookalike’ bersama Shopee di Zawara Coffee, Setia Alam, baru-baru ini.

Ditanya mengapa memilih Shopee sebagai platform untuk memasarkan ‘Lookalike’ dan kesemua jenama di bawah label Izzueexclusive, anggota kumpulan Forteen ini memberitahu, perkhidmatan pasaran sosial ini menyebabkan dia teruja untuk bekerjasama.

Hye sayang2 semua ape khabar? Ada berita BEST untuk semua penggemar LOOKALIKE LENS! . Kini sesayang semua boleh dapatkan lookalike lens di @shopee_my & rebut peluang tawaran DISCOUNT 20% !! Gila kan? Sape cepat dia dapat! [LINK IN BIO] . Guna code : IZZUE20 . Layari www.shopee.com.my/izzueislam . #ShopeeMY #LookalikeLens #ContactLens #Lookalike #SeriouslyIWantIt #Iian #IzzueIslam

A post shared by L O O K A L I K E ™ (@lookalike.hq) on


“Shopee menjamin pengalaman membeli-belah dalam talian yang efisien, cepat, mudah dan yang paling penting keselamatan sistem pembayaran dalam taliannya.

“Zaman sekarang ini ramai yang mengambil kesempatan dan menipu dalam perniagaan online, jadi menerusi Shopee orang di luar sana tidak perlu bimbang ditipu,” katanya.

Tambah Izzue, dengan menggunakan platform Shopee dia lebih bebas untuk menjalankan perniagaan online walaupun sibuk kerana jadual seninya yang padat

“Yang penting, Shopee tak ada caj tersembunyi dan pembeli tidak akan terbeban dengan caj yang pelik-pelik. Sebab itulah selebriti-selebriti lain pun suka bekerjasama dengan Shopee,” ujarnya yang gembira dengan sambutan hangat diberikan ‘kaki shopping online’.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Pemasaran Shopee, Rachel Tan, berkata Shopee merupakan platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan yang bekerjasama dengan Izzue Islam untuk mempromosikan kanta lekap, ‘Lookalike’.

“Shopee akan meneruskan usahasama dengan lebih ramai selebriti tempatan yang ingin melancarkan jenama dan produk sendiri.

“Seperti Izzue, dia boleh mendekatkan diri dengan tiga juta pelanggan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dengan Shopee dan yang paling penting penghantaran adalah percuma,” katanya.

Bersempena dengan pelancaran Kedai Rasmi Izzue Islam, 500 pelanggan pertama dapat menikmati potongan harga sebanyak 20% ke atas semua produk.