Sebelum ini pelakon Fasha Sandha pernah mengakui sedang 'berkawan' dengan seorang jejaka yang enggan didedahkan identitinya.

Fasa perkenalan selama beberapa bulan itu jelas Fasha sebelum ini sudah melewati fasa 'rindu-merindu'.

Baca: 'Sudah Mula Kata Rindu' - Fasha Dedah Fasa Berkawan Dengan Seorang Jejaka

Teka-teki siapakah jejaka yang hampir menambat hati Fasha itu hampir terjawab apabila Fasha muncul bersama seorang lelaki kacak tinggi lampai ketika majlis resepsi pelakon Ummi Nazeera di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur hujung minggu lalu.

"Jauh datang dari Pantai Timur untuk saya. Sangat menghargainya. Terima kasih," tulis Fasha di kapsyen gambar Instagramnya.

Pada waktu sama, jejaka itu juga ada memuatnaik gambar dan video bersama Fasha di Instagramnya.



Netizen yang teruja dengan perkembangan terkini pelakon itu mula mengucapkan tahniah dan mengharapkan penghujung yang indah buat Fasha dan jejaka itu.

Difahamkan, jejaka bernama Mukhlis Rosdi yang berasal dari Kelantan itu merupakan seorang usahawan terkenal dan pengasas sebuah produk kecantikan.

Fasha sebelum ini pernah memuat naik gambarnya bersama jejaka itu ketika majlis sambutan hari jadinya pada bulan Mac lalu. Foto itu juga pernah diulang siar di Instagram Mukhlis.

Happy birthday @fashasandha superkind person ?

A post shared by ? Founder Of @amaura_hq (@mukhlisrosdi) on


"Doa yang baik-baik, dia seorang lelaki yang baik daripada keluarga yang baik, pandai mengaji, anak soleh dan berjaya. Harap memang jodoh mereka," tulis @madame.seribella.

Ada yang minta saya baca surah al-Kahfi harini. Korang boleh tengok dekat ig story saya okay ?Kaum hawa, korang tahu ke apa kepentingan surah al-Kahfi ni ? Cuba komen ?? . #ustazrock #mengajinow

A post shared by ? Founder Of @amaura_hq (@mukhlisrosdi) on


Pelakon Janna Nick turut melayangkan ucapan tahniah kepada Fasha. Tulisnya; "Semalam kita jumpa dia dengan Fara Mendoza. Nice couple Kak Fasha."

Jawab Fasha; "Hanya kawanlah adikku sayang."






Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: IG @fashasandha, @mukhlisrosdi