Bersempena cuti hujung minggu, Astro Gempak membawakan segmen terbaru Cerita Pendek Gempak dengan hashtag #GempakCerpenSiri untuk tatapan pembaca.
Menerusi segmen ini, pembaca akan disajikan dengan karya-karya menarik yang menarik.
Oleh itu kami paparkan cerpen pertama untuk minggu ini berjudul Di Hujung Tanduk Gasing nukilan oleh Wany Ardy.
Selamat membaca!
Diterbitkan dalam Langit Vanilla (Sang Freud Press, 2011)
***********************************************************************************
Tiap pagi bila di jalan itu aku pandu dan aku lalu, aku senyum.
Jalan itu saksi. Kotak-kotak tol itu saksi. Pembahagi jalan itu saksi. Lampu jalan itu saksi. Saksi bagaimana Kelisa biru gelapku berpusing bak gasing suatu masa dulu. Bagaimana pusingan 360 darjah itu bukan terjadi sekadar pada kenderaan yang beroda empat, tapi juga pada aku yang berkaki dua. Saksi bagaimana hidup aku berputar dari kurang stabil menjadi sedikit stabil.
Ya. Dari kurang stabil menjadi sedikit stabil.
Sebelum pagi kemalangan itu, aku tidak tidur. Malam sebelumnya juga aku tidak tidur. Malam sebelumnya juga aku tidak tidur.
Ok. Aku tipu. Aku tidur. Tapi tidur aku pun setelah kepenatan menangis hiba. Malam demi malam berlanjutan sedu-sedan. Semuanya bermula apabila dia berhenti menghubungi aku dan berhenti membalas cubaan-cubaan aku menghubunginya.
Begitulah gampangnya damai dunia seorang gadis bergoncang; hanya dengan bisu seorang pemuda.
Bingung. Makan tidak lalu. Mandi tidak basah. Kerja tidak tumpu. Memandu juga tersasar. Tambah pula jalan licin. Hujan Subuh dan kelalaian meletakkan nyawa aku di hujung tanduk.
Why didn’t he reply my texts? My calls? Apa salah aku? Aku tahu aku banyak kurang tapi apa salah aku?
“Dik! Kau OK tak dik??” Kaca lamunan aku dipecahkan oleh suara cemas seorang lelaki lewat 30an. Dia mengetuk-ngetuk tingkap keretaku yang sedang kebasahan.
Oh. Aku kemalangan. Cepat-cepat tingkap aku turunkan supaya tidak perlu lelaki baik hati itu terjerit-jerit di luar.
“OK…..” aku masih terkejut dek hentaman kuat tadi. Mula menggigil. Tiba-tiba sakit satu badan. Kaki. Pinggang. Lengan. Bahu. Leher. Terutama kepala yang terhantuk keras tadi.
“Kau drive ke tepi, dik! Jangan duduk tengah macam ni, bahaya! Park tepi jalan. Pelan-pelan. Tayar kau teruk tu,” ujarnya lagi.
Aku angguk-angguk kebodohan. Dapat aku rasa robeknya tayar-tayar di bawah ini waktu perlahan mengesot ke tepi. Kelepek, kelepek, kelepek.
Kunci pintu dilepaskan dan aku melangkah keluar. Aku biarkan baju kurung hijauku dicorakkan dengan bulat-bulat kecil oleh rintik-rintik dari langit. Habis… habis keretaku. Hancurnya barangkali bukan waktu berpusing 360 darjah tadi, tapi waktu tamatnya putaran tersebut, dengan tabraknya keretaku sama lampu jalan dan pembahagi jalan. Berlanggar semua.
“Kau nak buat macam mana, dik?” soal lelaki tadi. Bercekak pinggang dia di tepi jalan, dengan mata terkedip-kedip menahan titis hujan yang menyinggah kelopak. Di belakangnya van putih yang mana aku kira miliknya.
“Saya ada tempat kena pergi ni……” otak aku lembab memproses jalan penyelesaian. Apatah lagi bila terlalu banyak perkara sedang sarat membebani minda.
“Kau nak pergi mana, dik?”
“Puncak Perdana.”
“Aku lalu sana. Aku hantar kaulah, dik. Meh!”
Dalam van putihnya aku tidak banyak bersuara kecuali bila ditanya. Sekalipun aku tidak mengenali lelaki yang berpangkat abang ini, aku tidak berasa janggal. Aku tidak jua berasa takut dirogol, diculik, dirompak dan sebagainya. Perasaan keliru, gemuruh dan terkejut aku mengatasi semua. Kemampuan berfikir secara jelas berkurang. Yang aku pasti, aku hendak ke Puncak Perdana. Aku mesti ke Puncak Perdana biar apa pun terjadi. Aku belum mati.
“Kau duduk dekat Puncak Perdana ke, dik?”
“Tak… saya ada… interview dekat sana.”
“Kau dah rupa macam ni pun nak pergi interview lagi?! Kau biar betul, dik?? Baik kau balik je!”
“Tak boleh… tak boleh… saya mesti pergi interview ni…”
Abang Asing mengeluh.
“Kau laju sangat tadi, dik. Nasib baik kau tak bantai tol-tol tu. Dah dekat sangat tadi. Sipi-sipi je! Seriau aku tengok kau berpusing!”
Selepas itu entah apa yang dibebelkan oleh Abang Asing jadi sayup-sayup di telinga. Banyak benda bermain di benak. Temuduga. Biasiswa. Baiki kereta. Dia. Di sebalik lebam-lebam yang mula kelihatan di tubuh badanku, ada sesuatu yang aneh sedang berlaku terhadap hatiku. Bila memikirkan dia, aku tidak lagi segelisah sebelumnya. Aku jadi tenang. Selepas penabrakan tadi, aku seolah faham apa yang hendak disampaikan oleh Tuhan. Aku berasa terpanggil untuk berserah dan redha atas nama Allah. Sebelum kemalangan ini, berminggu-minggu jiwa aku berperang gara-gara dia. Aku seperti orang gila yang tidak aman. Hingga satu saat sebelum kemalangan pun masih kepala otak aku pada dia. Pada mencari musabab apa yang sedang terjadi antara kami. Pada menyoal diri sendiri dan menyalahkan diri sendiri.
Nah- dalam beberapa kelip mata, habis berpusing dan berlanggar duniaku. Hampir terbalik. Langsung mati perang-perang batin ini. Langsung senyap. Terdiam. Terbisu.
Wani, Allah belum tarik nyawa kau. Kenapa kau dulu menarik nyawa jiwa kau untuk seorang manusia biasa?
Bercampur baur perasaan aku sampai sakit perut. Sakit perut cuba menangiskan semua yang terbuku di dalam tapi tidak keluar juga airmata. Sudah habis, mungkin. Wani, kalau kau masih hidup selepas berpusing 360 darjah di jalan sesak tadi, membengkok lampu jalan, menyumbing pembahagi jalan, bermakna kau boleh hadap semua ini. Kau boleh hadap, boleh telan, boleh hadam semua pahit ini. Dah lama kau berusaha untuk cecah tahap ini.
Kalau kau tanya aku, peristiwa ini terlalu filem bagi aku. Terlalu drama. Dan semua terjadi di tengah-tengah hujan. Entah kenapa setiap drama yang berlaku dalam hidup aku pasti diiringi hujan. Komedi tragedi. Teringat beberapa tahun dulu waktu aku mohon kerja sebagai penulis skrip, penemuduga bertanya, “Why do you want to become a scriptwriter?” Di waktu lain bilamana aku ditemuramah untuk satu program TV, soalan yang sama ditanya, “Why do you become a songwriter?” Untuk tiap-tiap soalan sebegini, jawapan aku sama saja. Kerana hidup aku dramatik. Aku tidak tahu mengapa ia dramatik tapi lama-kelamaan aku mula rasa satu macam. Aku syak ada muslihat baik disebaliknya. Bila kepala kau dihunus pistol, bila kau bernafas tanpa satu organ, bila hidup kau tidak pernah sunyi- satu persatu ada saja yang berlaku, padahal usia kau lebih sedikit dari suku abad, kau akan tertanya mengapa ini semua terjadi pada aku? Barangkali aku dilahirkan untuk menjadi penulis, pencerita. Bukan sebab aku pandai mengarang. Aku cuma perlu tempat untuk melampiaskan cerita-cerita ini. Mungkin itulah antara sebabnya aku terwujud.
Lega hati bila van putih menaiki bukit dan terlihat langit vanilla Puncak Perdana.
Dengan kaki yang longlai aku melangkah masuk ke bilik menunggu. Calon-calon lain memandang aku dengan mata terjegil.
“Wani! Kenapa muka kau?? Kau dari mana??” soal Alif, rakan sekursusku zaman diploma. Lekas aku menggelabah mengeluarkan bedak kompak dari tas tangan dan meneliti wajah dalam cermin bulat. Calar-balar. Luka-luka kecil.
“Syazwani?”
Aku tersentak.
“Awak yang telefon tadi kan? Yang accident tadi?”
“Ya… ya.”
“Giliran awak dah lepas tapi saya dah inform diaorang. Sekarang boleh? Ke awak perlu rehat? Nampak pucat je.”
“Boleh.” Dan badan aku menggigil semula. Seperti mahu terkencing pun ada. Jenis aku memang penakut. Memang mudah benar gemuruh. Waktu terima surat temuduga pun tangan aku sudah menggeletar. Walaupun sudah lebih setahun aku mengajar Bahasa Inggeris di sebuah kolej swasta di ibukota, cita-cita aku adalah penulisan kreatif. Bukanlah mengajar sangat (kerana aku sendiri perlu banyak belajar) tapi berkongsi dan bertukar-tukar ilmu tersebut.
Hai… teringin benar mengaji ke peringkat sarjana di luar negara. UK? Indonesia? Australia? Ke mana saja yang Allah rasakan layak untuk hamba seperti aku. Untuk pengalaman, bukan sijil. Ummi bilang, “I can actually send you to anywhere you want. But no, I want you to work it out yourself.” Dalam kata lain- biasiswa. Keluarga aku pernah melalui zaman payah. Payah yang kalau dicerita pun orang tidak percaya kerana hari ini alhamdulillah cukup semua.
Aku tak jangka barisan penemuduganya ramai pada hari itu. Dalam realiti aku percaya jangkamasa temuduganya tidak lama. Tapi dalam kepala aku terasa lama. Aku gugup dan gagap kerana gusarkan pelbagai perkara. Kurang fokus.
“So you’ve had an accident on your way here. Hmm. What if… you don’t get this scholarship?”
Ya Allah. Mencabar sungguh soalan si penemuduga. Baru aku sedar aku tiada plan B.
“That’s not an option. I must get this. I cannot… not get this.”
*
Seminggu kemudian, entah apa mimpinya, dia menghubungi aku. Ajak bertemu. Membaca ayatnya yang janggal saja aku sudah tahu kedudukan aku. Aku sudah tahu apa tujuannya dan apa keputusannya. Dan ini semua terbukti apabila kami berjumpa. Putus secara bersih dan baik. Dia perjelas mengapa aku dibiar tergantung. Sepanjang-panjang semua ini terjadi, aku tenang. Sejak nyawa aku sudah merasa bagaimana cemasnya berada di hujung tanduk gasing, aku tenang. Berbeza aku dulu-dulu. Aku tidak tahu dari mana aku peroleh kekuatan ini jika tidak Allah. Tatkala permohonan biasiswa dan permintaan untuk melanjut pelajaran ke luar negara disambut baik, aku sebak, rasa sanggup untuk kemalangan dan punah ranah hati berkali-kali. Subhanallah. Setiap kejadian itu benar berbaloi.
Mya Amri
Sun Aug 06 2017
Lelaki Serang Kamal Adli Mengaku Bersalah, Dihukum Penjara Selama 2 Tahun
Lelaki yang menyerang pelakon, Kamal Adli menggunakan belantan di Singapore Expo pada Mac tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu oleh mahkamah Singapura pada Khamis. Tertuduh yang dikenali sebagai Muhammad Nabil Rashid, 34, yang juga warga Singapura pada 31 Januari lalu mengaku bersalah atas satu pertuduhan
Tom Dedah Sarah Yasmine Hubungi Fuad Rahman Sejak Tahun 2022, Ini Cerita Sebenar...
Fuad pula keluarkan kenyataan.
Sheriff: Raih RM22.1 Juta Dalam 7 Hari Tayangan Rasmi, Netizen Ucap Tahniah! - “Filem Paling Best 2024!”
Sheriff power! Alhamdulillah.
Aliff Aziz Kantoi Tiada Lesen Memandu, Ruhainies Arah Jangan Pulangkan Kereta Bella
Pendedahan kekasih gelap pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, Sarah Yasmine baru-baru ini berjaya mendapat perhatian ramai.
Cikgu bahasa Korea pening ajar Bapak Bapak | Projek Bapak Bapak S3
Macam-macam hal Bapak Bapak ni. Cikgu bahasa Korea pun pening.
Saksikan #TravelLawakBapakBapakS3 setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #astrobaharu
Saksikan #TravelLawakBapakBapakS3 setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #astrobaharu
Aliff Aziz Tak Mengaku Masih Sayang Bella, Tuduh Wartawan Putar Belit Cerita?
Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz menafikan bahawa dia pernah mengeluarkan kenyataan masih sayang terhadap Bella Astillah ketika enggan menceraikan isterinya itu pada sebutan penceraian mereka pada 4 April lalu.
Ruhainies Private Akaun IG, Netizen Komen - “Sebab Dah Kantoi”
Pelakon, Ruhainies kini menetapkan akaun Instagramnya dalam mod provasi. Mod itu ditetapkan dipercayai selepas pendedahan paparan skrin perbualan antara ‘NRF’ dipercayai Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz yang dilakukan oleh Sarah Yasmine pada Rabu. Menerusi tinjauan di media sosial, akaun Instagram Ruhainies yang memiliki 1.7 juta pengikut itu ti
Caprice Didakwa Terlibat Dalam Rancangan Buat Fake Account Sebar Aib Bella Astillah - “Ya Allah, Nak Tutup Macam Mana Lagi Cap?”
Pelakon Bella Astillah memberi respons terhadap Instagram Story yang diulang siar semula susulan perkongsian tangkap layar yang dikongsi oleh Sarah Yasmine semalam.
“Jangan Risau Dia Sayang Awak, Sebab Tu Lah Dia Tinggalkan Kami Anak Beranak - Bella Astillah
Pelakon Bella Astillah tampil memberikan respons mengenai perbualan tular antara suaminya Aliff Aziz dah NRF yang dipercayai adalah Ruhainies.
Berang Dituduh Hasut Jenama Lain, Bella Astillah ‘Sound’ Ruhainies - “Macam Mana Boleh Terfikir Idea Fitnah Sampai Tahap Ini!”
Bella kongsi semula IGs Sarah Yasmine.