Pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Vida (DSV) menolak lamaran Abdul Rani Kulup Abdullah untuk menjadikannya sebagai isteri.

Vida berkata presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah itu tiada ciri-ciri lelaki pilihannya malah mengingatkan Rani agar tidak mencari publisiti murahan.

“Jangan cari publisiti murahan. Bawa kepada saya lelaki yang kaya, mata kelabu, muda dan kacak.

“Seseorang yang boleh majukan perniagaan saya ke arah trilion ringgit. Itu baru boleh,” katanya kepada ProjekMMO.

Rani sebelum ini berhasrat untuk memperisterikan Vida selepas peguam Siti Kasim tidak memberikan jawapan lamarannya.

Terdahulu, penyanyi I Am Me mendakwa menerima sekurang-kurangnya 50 emel “resume” menyatakan niat untuk memperisterikannya termasuk dari Finland dan Scotland.

Sumber: MalayMail Online