Kecoh beberapa hari lalu apabila penyanyi Mariah Carey dikatakan mengalami kenaikan berat badan yang mendadak sehingga mencecah lebih 100 kilogram (kg).

Berita berat badan Mariah, 47, itu telah mengejutkan ramai pihak termasuk peminatnya apabila kegemukan yang dialami itu telah mengakibatkan dia sukar untuk berjalan.

Bagaimanapun laporan itu dikatakan palsu, malah disangkal oleh salah seorang teman rapat Mariah.

Penyanyi lagu My All itu juga diakatakan bengang dengan gosip yang tersebar itu.

Lantaran Mariah dilihat sengaja memuat naik sekeping foto di Instagram (IG) yang menunjukkan keadaan terkininya dengan gayanya yang hot dan seksi mengenakan dress berwarna hitam yang menampakkan belahan dadanya.

Menerusi foto tersebut, sambil tersenyum, Mariah dicium oleh teman lelakinya, Bryan Tanaka.

Foto itu dipercayai dirakam ketika mereka menikmati makan malam di sebuah restoran di Beverly Hills, baru-baru ini.

Terdahulu, Mariah dikhabarkan harus didukung untuk naik turun pentas kerana berat badan yang naik mendadak ketika tampil di Caesar Palace pada pertengahan Julai lalu.



sumber: allure.com