Pelakon Lufya Omar berkongsi beberapa tips mengenai cara-cara untuk menyurutkan bengkak pada tangan dan kaki yang sering dialami oleh wanita hamil.

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 32, berkongsi petua-petua tersebut menerusi akaun Instagramnya semalam beserta hashtag #tips #ibuhamil #ibumengandung #pregnancytips #pregnancy #pregnantwomen #momtobe.

Berikut merupakan antara petua yang diamalkan oleh Lufya yang kini sedang hamil tujuh bulan:

1. Lumurkan asam jawa+ garam pada kaki dan tangan yang bengkak, (baru mengalaminya sebentar tadi selepas 30minit- 1jam alhamdulillah kaki bengkak surut)

2. Posisikan kaki lebih tinggi dari dada. Hal ini dapat membantu mengurangi gejala kaki bengkak, kerana mempermudahkan aliran darah kembali ke jantung. Contohnya seperti gambar kedua.

3. Kurangkan pengambilan garam dalam makanan. Kaki bengkak terjadi kerana ketika hamil seorang wanita mengalami perubahan kadar hormon.

Pelepasan hormon-hormon sepanjang kehamilan dapat memicu tubuh menahan lebih banyak cairan dan sodium (garam). Tekanan dari pertumbuhan janin serta peningkatan volume darah ketika kehamilan juga dapat menimbulkan bengkak pada kaki.

4. Mintak suami picit kaki selama 20min sblm tidoq. Tips paling best.


Teks oleh: Mya Amri