Pelakon Ummi Nazeera menerusi beberapa entri yang dimuat naik di laman sosial Instagram, memohon maaf kepada semua kerana tidak memberitahu lebih awal tentang majlis pernikahannya yang dipercepatkan.

Menerusi beberapa keping foto dan video terbaru sekitar majlis pernikahannya dengan Dr. Izzar 23 Julai lalu, yang dimuat naik kira-kira pukul 9 pagi tadi, Ummi turut menyatakan sebab dia merahsiakan perkara tersebut.

Ummi berkata, dia tidak memberitahu lebih awal tentang perubahan majlis pernikahannya kepada umum khususnya rakan-rakan media kerana, ia melibatkan hal peribadi keluarga.

Assalamualaikum ! Good morning ? Anyway first of all ummi nak minta maaf pada rakan media Ummi tak sempat nak share gambar hari pernikahan ummi yg sebenarnya diadakan pada 23 July 2017 yg lepas... So today. Ummi share with allll of u termasuklah fans ummi yg dikasihi ??? Sorry tak beritahu awal .. ini ada lah sebab melibatkan hal peribadi keluarga . Alhamdulillah . Dah jadi isteri orang .. eheh #mrimissesu

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on


Sementara itu, menerusi sebuah kenyataan media Ummi memberitahu, dia kini berasa lebih gembira dan tenang selepas memasuki 11 hari mendirikan rumah tangga.

"Saya kena lebih berhati-hati dalam setiap perkara kerana sekarang hidup berdua bersama suami. Kalau hendak merajuk atau marah, kena berfikir banyak kali disebabkan takut rasa berdosa dengan suami.

"Cuma agak sedih apabila kami terpaksa berpisah selepas setengah hari bernikah kerana Izzar masih lagi bertugas di Sarawak.

"Yang pasti, saya perasan bahawa suami menjadi lebih romantik selepas berkahwin," jelas Ummi yang bakal meneruskan karier seni seperti biasa selepas ini.

Ummi dan Dr. Izzar bernikah dalam sebuah majlis tertutup pada 23 Julai lalu, lebih awal daripada tarikh asal pernikahan itu yang sepatutnya berlangsung pada 3 Ogos (semalam).

Resepsi persandingan pasangan itu akan diadakan di Hotel Shangri-La pada Sabtu ini dan diikuti di Dewan Bankuet Menara Felda, Persiaran KLCC, pada 12 Ogos.


Mereka mengikat tali pertunangan pada 12 November tahun lalu apabila memasuki usia tiga bulan berkenalan selepas diperkenalkan oleh ibu Izzar pada 29 Januari 2016.

Sementara itu, Ummi bakal muncul dengan filem televisyen terbaharunya, Bisik Pada Langit arahan Kabir Bhatia tidak lama lagi, selain melancarkan produk kosmetik, Nazeera Village (NZRA) baru-baru ini.