Berita baik buat peminat filem Korea di Malaysia kerana Astro kini telah melancarkan saluran baru, tvN Movies bermula 1 Ogos lalu.

Bersempena dengan pelancaran itu, tvN Movies (saluran 435) juga telah menyenaraikan tujuh filem Korea terbaik yang boleh ditonton menerusi saluran tersebut.

Antara pelakon-pelakon popular yang telah menjayakan filem-filem tersebut adalah Lee Byung Hun, Gong Yoo, Lee Min Ho, Kim Woo Bin, Kim Rae Won, Yoo Ah In, Kang Ha Neul.

Menariknya, tujuh filem itu juga boleh ditonton secara percuma selama sebulan di Astro On Demand.

Caranya mudah sahaja, sambungkan PVR anda untuk mendapatkan 7 filem secara percuma sekarang.

Untuk maklumat lanjut sila ke www.watchod.com

Berikut merupakan senarai tujuh filem blockbuster Korea yang menjadi pilihan tvN Movies:

Gangnam Blues



Mengisahkan tentang dua sahabat iaitu Jong Dae (Lee Min Ho) dan Yong Ki (Kim Rae Won) yang dibesarkan disebuah rumah anak yatim. Walaupun tidak mempunyai pertalian darah, namun keakraban mereka boleh diibaratkan sebagai adik beradik.

Bagaimanapun, segalanya mula berubah apabila hubungan persahabatan antara Jong Dae dan Yong Ki diuji selepas mereka berdua terlibat dalam perebutan kuasa dan rasuah politik di Wilayah Gangnam.

Master



Filem aksi ini mengisahkan tentang pasukan penyiasatan yang bertanggungjawab menyelesaikan kes-kes jenayah inteletual melibatkan Perusahaan Won Network.

Kim Jae Myung (Kang Dong Won) yang merupakan ketua pasukan itu dikagumi kerana kebijaksaannya dan keberaniannya menyiasat kes penipuan terbesar di perusahaan Won Network yang dipimpin oleh Presiden Jin (Lee Byung Hun) dan Park Jang Goon (Kim Woo Bin).

Mood of The Day



Filem romantik komedi ini mengisahkan tentang Soo Jung (Mon Chae Won) yang berasa terganggu apabila mendapat khabar bahawa teman baiknya bakal berkahwin dengan cinta pertamanya.

Ketika dalam perjalanan ke Busan, Soo Jung berasa tidak selesa apabila bertemu dengan Jae Hun (Yoo Yeon Suk), seorang lelaki yang cerewet sehingga mereka mula bertelagah.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi Soo Jung apabila dia terpaksa berkongsi kereta untuk ke Busan kerana kereta api yang dinaiki mereka rosak.

Maka bermulalah pelbagai momen menarik antara mereka berdua sehinggalah Soo Jung mula menyedari kebaikan yang ada pada diri Jae Hun.

Train to Busan



Mengisahkan tentang Seok Woo bersama anaknya, Su An dalam perjalanan menuju ke Busan untuk bertemu isterinya.

Bagaimanapun hasrat anaknya untuk bertemu ibunya tidak tercapai apabila keretapi yang dinaiki oleh mereka telah diserang oleh zombie.

Segalanya bermula apabila seorang wanita dengan luka pada bahagian kakinya telah masuk ke dalam gerabak keretapi tersebut dan menyerang pramugari yang cuba menolongnya.

Situasi itu telah mencetuskan suasana panik menyebabkan Seok Woo dan Su An tidak mempunyai pilihan selain terpaksa bersembunyi untuk menyelamatkan diri.

The Age of Shadows



Filem aksi ini mengisahkan tentang Lee Jung Chool (Song Kang Ho) yang pernah menjadi anggota gerakan kemerdekaan Korea yang kemudiannya bekerja sebagai polis untuk pemerintahan Jepun.

Dia juga diperintahkan untuk mencatat, mencari dan menangkap kelompok pemberontak Jepun yang digelar kelompok revolusi Korea Selatan.

Sehinggalah suatu hari dia kemudiannya dikejutkan dengan kematian Kim Ja Ok (Park Hee Soon) yang merupakan sahabatnya.

Like for Likes



Filem ini mempunyai tiga kisah menarik dan kisah yang pertama berkenaan dengan serorang pelakon yang baru sahaja selesai menjalani latihan ketenteraan,

Jin Woo (Yoo Ah In) yang bertemu semula dengan kekasihnya disebuah majlis perkahwinan seoang kanak-kanak.

Kisah kedua menceritakan tentang seorang pemilik restoran Jepun, Sung Chan (Kim Ju Hyeok) yang sanggup melakukan apa sahaja demi tunangnya.

Bagaimanapun kebaikannya itu tidak dihargai dan tunangnya telah memutuskan hubungan mereka.

Kisah terakhir adalah berkenaan dengan kehidupan seorang penulis lirik bernama Soo Ho (Kang Ha Neul) yang kehilangan pendengaran selepas terlibat dengan kemalangan.

Sehinggalah pada suatu hari dia bertemu dengan seorang producer wanita, Na Yeon (Esom) dan mereka kerap meluangkan masa bersama.

Walaupun telah keluar bertemu janji beberapa kali, Soo Hoo masih belum bersedia untuk mendedahkan tentang kekurangan yang dialaminya.

One Way Trip



Menceritakan tentang empat sahabat karib yang mengambil keputusan untuk bercuti bersama sebelum memasuki latihan ketenteraan.

Ketika perjalanan menuju ke destinasi yang dirancang, empat sekawan tersebut berdepan dengan pelbagai situasi yang menguji kekuatan persahabatan mereka.