Selepas seminggu tidak mendapat jawapan daripada penguam sensasi Siti Kasim, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah, Rani Kulup meluahkan hasrat untuk menyunting pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Vida (DSV) sebagai isteri.

Abdul Rani Kulup Abdullah atau lebih mesra disapa 'Ayah' berharap Vida mampu membuka pintu hati dan memberikan peluang kepadanya.

"Ayah boleh menjadi suami yang baik," katanya kepada Sinar Online.

Apabila ditanya reaksi isterinya terhadap 'hasrat' itu, Rani berkata mereka bersetuju.

"Isteri-isteri Ayah steady," tambahnya.

Terdahulu, menerusi perkongsian di laman Facebook, Rani memberitahu dia ingin memperisterikan Siti Kasim sekiranya wanita itu masih solo.

"Siti Kasim jangan kau kutuk, janganlah kau hina dia, dia pun manusia macam kita juga yang memerlukan kasih sayang.

"Ayah kan cinta wanita, seandainya kata Siti Kasim ni... tak ada masalah bagi Ayah, Ayah boleh ambil dia sebagai isteri, kalau dia tiada suamilah, kalau ada suami tak bolehlah kan," katanya ketawa.

Bukan hanya mahu memikat Vida, Rani juga menyatakan hasrat berduet dengan penyanyi yang baru muncul dengan single sulung I Am Me itu.

Vida yang sah bercerai talak satu pada April lalu menginginkan calon suami mempunyai mata berwarna kelabu dan gemar membeli belah.

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Sinar Online