Beberapa hari lalu kecoh apabila model terkenal, Gigi Hadid dikhabarkan sedang hamil anak kekasih Zayn Malik.

Spekulasi tercetus selepas tersebarnya satu posting di Twitter yang didakwa ditulis oleh ibu Gigi Hadid iaitu Yolanda Foster.

Menerusi akaun tersebut Yolanda memberitahu dia sangat gembira kerana tidak lama lagi dia akan menjadi nenek.

"Saya akan menjadi nenek dalam tempoh lapan bulan lagi. Hidupku sangat diberkati," tulisnya.

Tidak lama kemuduan, hashtag #CongratsGigi menjadi trending di Twitter.

Lantaran ramai pngguna Twitter memberikan memberikan ucapan selamat pada Gigi Hadid dan Zayn Malik.

Bagaimanapun Yolanda menafikan berita tersebut dan memberitahu ia akaun palsu.

"Tidak, tentu saja anak saya tidak hamil. Kalau dia hamil, dia yang akan mengumumkannya pada anda semua. Bukan saya," tulisnya menerusi Twitter.

Gigi mula menjalinkan hubungan cinta dengan Zayn sejak tahun 2015.

Sumber: Ok.com