Sibuk Kerja, Ariel NOAH Tunda Kahwin Sophia Latjuba

25 Oktober 2016. 1.10 PM
32,087
Hiburan
Sibuk Kerja, Ariel NOAH Tunda Kahwin Sophia Latjuba
Vokalis kumpulan NOAH, Ariel mengakui terpaksa menunda perkahwinanya kerana sibuk dengan tugasan kerja.

Bintang.com melaporkan, Ariel atau nama sebenarnya Nazril Irham,35, berkata mereka kini harus memberi fokus kepada kerja dahulu kerana mempunyai banyak lagi tugas untuk diselesaikan.

"Kami masing-masing masih mempunyai banyak kerja untuk diselesaikan.

"Jadi kami terpaksa tunda untuk berkahwin kerana fikiran kami masih memikirkan mengenai pekerjaan yang harus diselesaikan.

"Saya dan Sophia sekarang ini ingin memberi fokus sepenuhnya kepada pekerjaan dan tidak mahu memikirkan lagi mengenai isu perkahwinan," kata Ariel.

Pada awalnya mereka dilihat menyembunyikan hubungan percintaan bersama namun kini Ariel dan Sophia dilihat selesa untuk berkongsi gambar kemesraan bersama di media sosial.

Meskipun usia bekas penyanyi kumpulan Peterpan itu lebih muda 11 tahun dari Sophie namun ia tidak menghalang mereka untuk bercinta.

Ariel juga kini dilihat amat mesra dengan anak Sophia yang bernama Manuella Natasha Aziza dan Eva Celia.

Terdahulu, heboh di media sosial apabila mereka dilaporkan telah berkahwin namun ia dinafikan oleh mereka berdua.

Olahan: Rozaimi Zubaidi

Sumber: Bintang.com 







Artikel Berkaitan


Komen