Rasanya ramai yang suka gandingan pengacara MeleTop, Neelofa dengan pelakon dan model kacak Indonesia, Miller Khan dalam muzik video True Love.

Maunya tidak, gara-gara lakonan romantis mereka lagu untuk Original Sound Track (OST) di bawah jenama tudung Naelofar Hijab iaitu #NHTRUELOVE, menjadi trending trending di laman sosial YouTube!

Tambahan lagi, ketika itu demam #Lofattah masih ‘panas’ sehingga ramai peminat yang beranggapan kisah video itu mengaitkan cerita cinta antara Neelofa dan Fattah.

Ok lah, kita lupakan tentang itu sebab...Indigital Music nak bagi hadiah lumayan kepada anda yang boleh menyanyikan lagu Dhany KataHati ini dengan versi sendiri dan dengan penuh perasaan.

Caranya mudah sahaja, jika anda merupakan warganegara Malaysia;

1. Buat video dengan menyanyikan cover version OST True Love by Dhany KataHati versi sendiri selama 1 minit dan muat naik di Instagram; tag @indigitalmusic beserta hashtag #NHtruelove #NHtruelovecontest #indigitalmusic
2. Pertandingan bermula dari 1hb Ogos - 21hb Ogos
3. Sebanyak 10 hadiah ditawarkan, 7 hadiah saguhati dan 3 hadiah utama dari penaja



4. Selain dari hadiah dari penaja, Juara akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 1000 dan
berpeluang mendapat kontrak rakaman single bersama Indigital Music.
5. Pemenang akan ditentukan oleh pihak INDIGITAL SDN BHD & NH PRIMA INT S/B
6. Keputusan adalah muktamad



True Love merupakan lagu ciptaan penyanyi dan komposer terkenal, Aizat Amdan dan Neelofa merupakan penerbit eksekutif.

Muzik video arahan Azma Aizal Yusoof yang dilancarkan pada Aidilfitri baru-baru-baru ini mengisahkan tentang sepasang kekasih hangat dilamun cinta.