Tahniah Astro Shaw kerana filem pendek ‘Lagi Senang Jaga Sekandang Lembu’ (Its’s Easier To Raise Cattle) telah tercalon dalam senarai 14 filem pendek terbaik di Festival Filem Venice (La Biennale di Venezia).

Filem pendek 'Lagi Senang Jaga Sekandang Lembu' yang berdurasi 17 minit 50 saat diarahkan oleh Amanda Nell Eu dan membariskan pelakon muda Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid dan Sofia Sabri.

Ini adalah kali pertama filem pendek terbitan Astro Shaw dicalonkan. Astro Shaw telah menghantar penyertaan ini pada bulan Jun 2017.

Festival Filem Venice merupakan festival yang mengangkat filem-filem dari serata dunia dan telah diadakan sepanjang 74 tahun. Kali ini festival ini akan berlangsung dari 30 Ogos sehingga 9 September di Venice, Italy.

Antara anugerah yang menjadi rebutan di festival ini seperti Golden Lion bagi filem terbaik, Silver Lion bagi Anugerah Pilihan Juri, Silver Lion untuk Pengarah Terbaik, Coppa Volpi bagi Pelakon Lelaki Terbaik, Coppa Volpi bagi Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Lakon layar terbaik, Anugerah Khas Juri dan Anugerah “Marcello Mastroianni” bagi Pelakon Baru Kanak-Kanak.

Filem ini mengisahkan tentang persahabatan dua remaja yang baru terjalin. Namun semakin mengenali antara satu sama lain, salah seorang dari mereka mengetahui sahabatnya terjerumus dengan gejala sosial keganasan.

Selain itu, filem pendek lain terbitan Astro Shaw yang bertajuk ‘Berani’ yang diarahkan oleh Abhilash Chandra juga telah tercalon di ShortShorts Film Festival & Asia di Jepun.