Pejamkan Mata sebuah lagu yang sering diputarkan di corong-corong radio dan menguasai kedudukan teratas setiap carta stesen radio.

Malah lagu yang menggandingkan Dayang Nurfaizah dan Malique ini antara lagu yang menjadi pilihan pendengar kerana liriknya yang puitis serta penuh seribu satu makna.

Lagu ini juga menjadi satu fenomena yang besar apabila buat pertama kalinya lagu ini dipersembahkan secara langsung di pentas anugerah MeleTop 2017!



Kini, muzik video rasmi Pejamkan Mata bakal dilancarkan pada 8 Ogos 2017 dan bakal menampilkan empat orang artis popular tanah air.

Apa yang boleh dijanjikan, klip video ini bakal memberikan satu kelainan dan keunikan yang tersendiri.

Khas buat peminat setia Malique dan Dayang Nurfaizah lagu ‘Pejamkan Mata’ edaran Warner Music (M) Sdn Bhd, ini boleh dimuat turun menerusi digital platform: Apple Music, iTunes, Spotify, Yonder, JOOX dan KKBOX.