Nampaknya tidak perlu lagi berteka-teki tentang siapa bakal memegang watak utama drama adaptasi siri popular Korea, Coffee Prince.

Semalam, Fattah telah menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun sosial Instagramnya, Fattah telah memberi bayangan tentang perkara tersebut.

Malah, entri tersebut telah ditonton lebih 92 ribu kali dan menerima hampir 900 komen oleh para pengikutnya.

Rata-rata pengikut Fattah menyambut baik berita tersebut dan kesemua mereka sudah tidak sabar menantikan drama tersebut bermula.

Walaupun sebelum ini terdapat bantahan mengenai pemilihan Fattah untuk watak utama drama tersebut, nampaknya bekas Hero Remaja ini tetap menjadi pilihan pengarah popular Michael Ang.

Hari ini, menerusi entri terbarunya, Fattah telah memperkenalkan 'Rayqal' dari Coffee Prince Malaysia kepada semua!

Di ruangan komen, ramai yang menyamakan Fattah dengan Gong Yoo, tambahan lagi apabila dia menggayakan fesyen rambut belah tengah mirip aktor popular Korea itu.

Introducing, Raykal dari #MYCoffeePrince ??. #doayangbaikbaik #cakapyangbaikbaik #fikiryangbaikbaik #buatyangbaikbaik #lotsoflove #lessofhate

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

Sementara itu, pelakon Janna Nick juga sudah bersedia untuk memasuki set penggambaran, esok bersama Fattah.

Janna juga sudah memotong pendek rambutnya demi menghidupkan watak ‘Dani’.