Gelagat seorang mak cik yang menyanyikan lagu KPop ketika sedang memandu menjadi tular di laman sosial Facebook.

Video berdurasi satu minit 19 saat ini menyaksikan mak cik itu menyanyikan lagu Three Words dendangan asal kumpulan Sechskies dan telah dimuat naik oleh laman Facebook Rizal Hakimm.

Aksi mak cik yang menyanyikan lagu KPop itu dengan begitu lancar sekali telah mencuit hati ramai pengguna Facebook.

Rata-rata netizen memuji kesungguhan mak cik yang menghafal setiap bait lirik lagu milik kumpulan yang berasal dari Korea Selatan itu.

“Lynn Rasyidin: Lagu ni memang best… Sweet je... Tapi sampai sekarang kita tak hafal. Power mak dia.”

“Lina Norlina: Hebatlah mak cik… Sedap lagi suaranya.”

“D'nur Aziz: Mesti mak cik ni peminat group Sechskies time muda… Boleh tagged Koreaboo ni.”

“Hunny Rossa Abdullah: Wahhh... Terror lah mak cik ni… Mak kita yang hari-hari ngadap KPop pun tak dan nak hafal lagu.”

“Rea Ressa Clover: Cool mama… Swag!”

“Aisyah RafeyLa: Fuyoo! Terror lah! Hahahha!”

“Eag Begum: Steady la mak cik.”

“Sherlyana Noor Wann: Hebatlah auntie... Bukan senang mau hafal wo…”


Entri tersebut mendapat perhatian netizen semenjak dimuat naik pada 31 Julai lalu. Sehingga kini, entri itu mendapat hampir 1,000 komen serta lebih 800 perkongsian di laman Facebook.

Teks oleh: Kamaruddin Razal