Suami kepada pelakon Siti Saleha, Ahmad Lutfi Azhar memberitahu dia tidak akan menyekat kerjaya isterinya sebagai pelakon berbakat

Kata Lutifi, dia memahami pekerjaan isterinya sebagai seorang anak seni dan akan sentiasa menyokong karier Saleha.

“Tiada sebab untuk saya menghalang atau meletakkan sebarang syarat kerana itu merupakan kerjayanya sebelum saya kenal dia lagi.

“Biarlah dia lakukan apa yang dia suka dan saya tahu ‘passion’ Saleha terhadap bidang lakonan memang sangat mendalam.

“Saya sempat menonton drama 7 Hari Mencintaimu lakonan Saleha dan saya rasakan dia seorang pelakon berbakat.

“Lakonannya dalam drama tersebut benar-benar berkesan, emosinya sewaktu menjiwai karakter tersebut membuatkan saya tidak sabar untuk mengetahui episod seterusnya,” katanya kepada Astro Gempak.

Saleha dan Lutfi selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada 28 Julai lalu dan pasangan ini merancang untuk percutian bulan madu ke Pulau Mauritius

Teks oleh: Mya Amri