Bekas peserta program D’Academy Asia 2, Ammy Fara dari Thailand, yakin mampu untuk mengembalikan semula kegemilangan lagu bergenre dangdut.

Menurut Ammy, 17, genre muzik yang dibawanya ini mudah untuk diterima dan difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat.

"Untuk single pertama ini saya mengenengahkan genre muzik dangdut dan saya yakin akan dapat mengembalikan semula zaman kegemilangan lagu tersebut suatu ketika dahulu.

"Ia merupakan genre muzik yang mudah untuk diterima oleh orang ramai kerana pendengar masa kini lebih terbuka untuk menerima dangdut.

"Sekurang-kurangnya saya dapat memberi pilihan kepada pendengar untuk memilih genre muzik yang mereka suka.

"Masyarakat masa kini lebih suka dengan genre muzik yang dekat dihati mereka dan single pertama saya ini mempunyai ciri-ciri seperti itu," katanya kepada Astro Gempak.

Ammy berkata demikian ketika mempromosikan single terbaharunya Yg Begini Ini Nie, di Astro, baru-baru ini.

Selain Malaysia, Ammy juga akan berulang-alik dari Thailand dan Indonesia demi mempromosikan lagu terbarunya itu.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi