Kelunakan suara Dayang Nurfaizah Awang Dowty memang tidak boleh disangkal lagi.

Bukan kali pertama Dayang, 36, menjejakkan kaki di pentas Dewan Filharmonik Petronas.

Sebelum ini pun, penyanyi kelahiran Sarawak itu pernah memukau penonton menerusi dua persembahan pentas Dayang Nurfaizah A Celebration of 15 Years In Music dan Dayang & Anuar Zain Live At DFP.

Sabtu lalu, Dayang sekali lagi muncul di pentas berprestij itu sempena sebuah konsert amal anjuran Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tapestry Of Colours 2017.

Dayang yang mengenakan dres labuh biru gelap melantunkan empat buah lagu; Sri Sarawak, Lelaki Teragung, Di Pintu Syurga dan single terbaharunya Separuh Mati Ku Bercinta.

Yang menarik minat penonton adalah pukauan vokal Dayang diiringi ensemble UTP sendiri, menerusi lagu klasik Sri Sarawak dan Di Pintu Syurga.

"Jujurnya walaupun mereka merupakan bakal graduan kejuruteraan, saya puji kemampuan dan kehebatan mereka bermain alat muzik," kata Dayang.

Selain Dayang, Tapestry Of Colours 2017 turut menampilkan penyanyi undangan Daqmie yang membuka pentas dengan lagu Khalifah bersama kumpulan nasyid UTP, Muhandis.

Menyerikan acara pada malam tersebut, kumpulan bhangra Gajjdi Jawani dan pelajar UTP dari Sudan, Mozambique dan Yamen mempersembahkan bakat tersendiri.

Tq #Repost @syimirabdulrazak (@get_repost) ・・・ Great voice from bumi kenyalang #dayangnurfaizah #petronas #universititeknologipetronas

A post shared by Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu) on


#tapestryofcolours #Repost @hafizputra (@get_repost) ・・・ it was indeed an amazing performance (and vocal ever!) ?? @dayangsayangkamu at #MPO tonight. #tapestryofcolours2017 see you at @esplanadesingapore next year! #separuhmatikubercinta #dayangnurfaizah

A post shared by Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu) on


Teks oleh: Amri Hassan
Kredit foto: IG @hakeem91, @deenoosavoye