Hari ini, selepas majlis sidang media penyanyi dan pelakon berasal dari Singapura Alif Aziz, rata-rata pelayar laman sosial memuji sikap pemaaf Bella Astilah.

Mereka juga berpendapat, Bella seorang isteri yang sangat penyabar dan bertenang menghadapi situasi sekarang.

Tambah mereka lagi, keputusan Bella untuk menarik balik laporan polis yang dibuat ‘mungkin’ satu kesilapan, namun seorang isteri yang masih menyayangi suaminya mempunyai hak untuk berbuat demikian.

Bella lebih dihormati pelayar laman sosial kerana sikapnya yang tenang dan tabah serta lebih matang dari usia sebenarnya.



Selain itu, ramai juga pelayar laman sosial yang meminta Afifah Nasir tampil membuat permohonan maaf secara terbuka seperti dilakukan Aliff.

Petang tadi, sidang media yang bersiaran langsung menerusi Facebook Astro Gempak ditonton hampir 300,000 pelayar Internet.

Menerusi sidang media yang diadakan di Hotel Roof Garden itu, Aliff, 26, tidak menafikan bersikap curang terhadap isterinya dan telah meminta maaf kepada semua pihak yang terjejas kerana kontroversi itu.

"Sebagai manusia biasa saya tidak lepas daripada buat kesilapan. Apa yang saya boleh katakan, bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi. Perkara sebenar hanya saya dan dia (Afifah) sahaja yang tahu," katanya.