Dua kali lafaz bintang program realiti Akademi Fantasia (AF) 2014, Nina Nadira dan arkitek, Ahmad Farhan Rusman sah bergelar suami isteri, pada pagi Sabtu lalu.

Pasangan sama cantik sama padan berusia 25 tahun ini dinikahkan oleh bapa Nina, Naharuddin Nordin di Hotel Concorde, Shah Alam.
Kira-kira 100 tetamu hadir menyaksikan momen bersejarah Nina dan Farhan.

Pada majlis tersebut, pihak pengantin perempuan 10 dulang hantaran berbalas lapan daripada pihak pengantin lelaki.

Farhan menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 kepada Nina, tetapi jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Majlis resepsi telah diadakan pada malam Ahad, di hotel sama dan memilih 24 Disember sebagai majlis bertandang.

Nina dan Farhan bertemu ketika sedang menuntut di Melbourne, Australia pada tahun lalu dan memutuskan untuk membawa hubungan mereka ke peringkat lebih serius selepas tamat pengajian.

“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan saya harap kehiduan baru kami berdua diberkati dan diredhai Allah SWT.

Ketika ditanya apa keistimewaan Farhan di matanya, Nina berkata, sikap bertanggungjawab lelaki itu yang telah membuka hatinya.

"Walaupun kami tidak ‘sekapal’ tetapi kami saling melengkapi,” ujar Nina malu-malu.

Pengacara dan pelakon ini juga tidak menolak sekiranya diberikan rezeki cahaya mata dalam masa terdekat.