Kecoh di media sosial rakaman video seorang pelajar perempuan teruk dibelasah oleh sekumpulan pelajar lain.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di Facebook (FB) Wow Berita, seorang pelajar perempuan ditumbuk beberapa kali sebelum rakan-rakan yang lain campur tangan dan turut menumbuk serta menendang mangsa bertubi-tubi.

Video yang berdurasi selama 1 minit 39 saat itu dikatakan berlaku di sebuah sekolah di Kunak, Sabah dan telah ditonton lebih 27,000 kali serta mendapat 1,000 perkongsian.

Rata-rata netizen yang menonton video itu mengakui terkejut dengan perbuatan yang dilakukan oleh pelajar perempuan tersebut dan mereka berharap agar pihak sekolah segera mengambil tindakan serta memberi hukuman setimpal kepada pelajar-pelajar yang terlibat.

@Cik Pyka: "Hebat la bawak geng, kalau jadi dekat adik aku memang sorang-sorang makan penampar aku. Nak tunjuk gangster sagat, meh kakak ajar sikit muka masing-masing biaq betoi-betul nampak gangster."

@Pnsyora Aqmar: "Kenapalah jadi macam ini. Ibu, bapa serta guru yang ajar ka? Kasian mereka yang mendidik dan mengajar kamu."

@Afdillah Black Stone: "Seronok ye, nanti kau polis ambik sorang-sorang mohon jangan menangis lepas ni. Pihak keluarga mangsa jagan peduli dengan rayuan lepas ini."

@Noor Nizam: "Budak-budak ni tak fikir mak ayah ke buat perangai macam samseng. Insaf-insaf la sebelum kene tindakan. Ingatlah korang tu bawa nama dan maruah mak dan ayah korang."

@SaifulAzim: "Semoga pihak sekolah akan mengambil tindakan yang setimpal kepada pelajar yang terlibat agar dengan cara itu dapat memberi pengajaran kepada mereka dan orang ramai."



Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi