Selepas ditegur Datuk Chef Wan dan dikritik netizen kerana makan di tepi jalan berhampiran tempat letak kereta, pengasas kosmetik Aliff Syukri membuat permohonan maaf di laman sosial, Instagramnya.

Menerusi entri tersebut Aliff Syukri telah menjelaskan sebab dia dan keluarga memilih untuk makan di tepi jalan.

Aliff Syukri turut memohon maaf sekiranya perbuatan tersebut telah memalukan rakyat dan negara Malaysia.

Gara2 video makan di tepi jalan jadi heboh semua satu malaysia... . Ramai yg kecam kata napa x makan dekat hotel la senang....sebenarnya travel kami kali ni menyusuri perkampungan2 indah di switzerland....jadi bila byk2 berada di luar bandar agak payah nak cari restoran halal kalau ada pun terpaksa drive jauh semata2 utk makan.... . Kat sana kami berpindah rumah tumpangan sebanyak 4 kali termasuk travel ke itali dan kembali ke switzerland semula....jadi disebabkan tu kami mmg dah masak siap2 dan rombongan kami sebanyak 2 kereta makan bersama...x ada apa yg memalukan dan saya bukan kedekut tapi saya rasa lebih rapat bila masak dan makan bersama... . Buat idola saya dlm bidang masakan dato @chefwan58 (i love cook and i alwas watching u at tv) terima kasih atas teguran ini dan sy terima dgn fikiran yg terbuka dan sy uploadkan khas utk dato chefwan ni kedai kebab yg saya makan secara beradab??dan juga anda semua yg komen negatif mahupun positif sekiranya tindakan saya ni memalukan rakyat dan negara malaysia.. . . cuma saya puji org tempatan sana yg sangat ramah bila beberapa kali kami berhenti makan mereka boleh bergurau dan bersembang dgn kami dengan baik....org malaysia di sana juga baik dan ramah????

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Aliff Syukri yang tidak mudah melatah dan terbuka menerima teguran.

Ada juga yang menyebelahi Aliff Syukri dengan menyatakan tidak ada apa yang perlu dijadikan isu jika sekadar makan di tempat letak kereta dan membidas kembali netizen yang mengecam pengasas D’Herbs itu sebelum ini.