Malam tadi, telah berlangsung majlis malam berinai pelakon dan pengacara Nina Nadira yang dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat.

Pada majlis tersebut, Nina manis berkebaya songket manakala tetamu yang hadir pula memakai kebaya nyonya.

Nian dan jejaka pilihannya Ahmad Farhan Rusman akan dinikahkan pada jam 11 pagi ini di Hotel Concorde, Shah Alam.

Manakala majlis resepsi pasangan itu pula akan diadakan pada pukul 7.45 petang hari Ahad (30 Julai 2017) di lokasi sama.

Sementara majlis resepsi sebelah lelaki akan diadakan pada 24 Disember di Alor Setar, Kedah.

Jom tengok foto majlis berinai yang berlangsung malam tadi...Cantik dan manis macam tuan puteri zaman melayu lama kan?