Semalam, Datuk Aliff Syukri telah memuat naik sebuah video dia dan ahli keluarganya yang terpaksa makan di tepi jalan selepas di halau dari sebuah restoran di Switzerland.

Pada entri tersebut, Alif Syukri memberitahu dia membawa bekal ke restoran untuk tumpang makan, namun telah dihalau menyebabkan dia serta keluarga terpaksa makan di tepi jalan.

sedih sy bila bawa gi restoren bawa bekal sbb kat sini makanan halal amat susah nak dpt..baru je cadang nak oder lah air biar cover skit nak tumpang makan..tapi kami kena halau .. jadi kami makan lah di tpi jalan?

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Rata-rata netizen yang menonton video ini berpendapat Aliff Syukri sengaja mencari publisiti murahan kerana sebelum ini dia penah dikecam kerana isu sama.

Ada juga menganggap Aliff Syukri mempunyai mentaliti ‘low class’ dan perbuatannya makan di tepi jalan memalukan nama Malaysia.

Selain itu, posting tersebut turut menarik perhatian Datuk Chef Wan yang turut tidak bersetuju dengan cara pengasas kosmetik tersebut.

Chef Wan turut mempertikaikan mengapa Aliff Syukri perlu makan di tepi jalan sedangkan di Switzerland terdapat banyak tempat rekreasi menarik yang boleh dituju.

Tambah Chf Wan lagi, sebagai orang berduit Alif tidak sepatutnya berkelakuan demikian dan meminta dia menjaga imej rakyat Malaysia di luar negara.