Gara-gara menyebelahi adiknya, pelakon Anzalna Nasir dihujani kritikan netizen.

Adik Anzalna, aktres Afifah Nasir dituduh mengganggu rumah tangga orang selepas fakta kes melibatkan penyanyi Aliff Aziz tular.

Menerusi entri terbaru di laman Instagram Anzalna, peminat mula meninggalkan komen yang meminta Anzalna menjaga kelakuan Afifah.

Tidak berdiam diri, Anzalna bertindak menyebelahi adiknya yang dituduh menjadi orang ketiga.

Anzalna membalas beberapa komen netizen danmenyatakan dia bakal mengemukakan bukti kebenaran.

Anzalna turut meninggalkan komen; "perempuan yang baru bersalin ni lain sikit perangainya, bak kata orang meroyan, tapi itu orang tua cakap, jangan salahkan I."

Biarpun ada peminat menasihati Anzalna agar tidak melayan komen netizen, aktres drama bersiri Memori Cinta Suraya ini dengan berseloroh menjawab, "tak apa, I suka baca semua ini."



Terdahulu, media melaporkan Aliff Aziz ditahan polis kerana membelasah isterinya, Bella Astillah di sebuah pusat karaoke di Cheras.

Bella yang baru sahaja 20 hari melahirkan anak datang ke pusat karaoke terbabit dan menemui Aliff bersama seorang wanita yang didakwa Afifah Nasir.