Pelakon dan pengacara Nina Nadira Naharuddin, 25, bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya, Ahmad Farhan Rusman, pukul 11 pagi esok (29 Julai 2017) di Hotel Concorde, Shah Alam.

Majlis resepsi pasangan itu pula akan diadakan pada pukul 7.45 petang hari Ahad (30 Julai 2017) di lokasi sama.

Manakala, pasangan ini memilih tarikh 24 Disember untuk resepsi sebelah lelaki di Alor Setar, Kedah.

"Walaupun kami mengenali satu sama lain dalam tempoh yang sangat singkat, saya sifatkan dialah orangnya. Dia sangat menyokong kerjaya saya dan faham betapa saya cintakan kerjaya seni ini," katanya kepada Astro Gempak.

Nina dan Farhan mula berkenalan antara satu sama lain ketika terbabit dengan penggambaran sebuah video untuk majlis makan malam antara pelajar Malaysia di Melbourne, Australia pada tahun 2013.

"Saya kembali ke Malaysia untuk menyertai Akademi Fantasia pada tahun 2014 dan menjadi pengacara H!Live dan ke sana semula untuk menyambung baki pengajian dua tahun kemudian. Dia pula masih setia menunggu saya!" tambah Nina.

Farhan menamatkan pengajian Sarjana Seni Bina manakala Nina pula memperoleh Ijazah Sarjana Muda Seni Kreatif (Drama) dari Deakin University Melbourne, Australia pada awal tahun 2017.

Jom layan gambar-gambar pre wedding Nina dan Farhan!










Teks oleh: Amri Hassan