Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam memerintahkan hak jagaan dua anak pelakon dan pengacara Serina Redzuawan iaitu Tristan Tareef O’luanaigh, 6, dan Isabella Safiyya O’luanaigh, 5, diserahkan kepada bapa kandungnya, warga Britain, Gavin Edward O’Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar.
Hak jagaan kekal tersebut diberikan kepada Salahudin secara persetujuan bersama dengan isterinya Serina Redzuawan dengan beberapa syarat dan terma lawatan yang dipersetujui bersama.
Pada 7 Jun lalu, hakim Nenney Shuhaidah Shamsudin memberikan hak jagaan sementara secara ex parte kepada Salahudin dan Serina diberikan antara lain hak lawatan pada setiap hujung minggu sama ada Sabtu atau Ahad dari jam 9.00 pagi hingga 5 petang dengan memaklumkan terlebih dahulu kepada Salahudin.
Salahudin diwakili peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Raihan Mustapha Kamal manakala Serina diwakili oleh Syamimi Abdul Rahman.
Dengan perintah ini isu hak jagaan anak-anak tersebut diselesaikan manakala kes perceraian pasangan ini masih berjalan dan akan disebut semula pada 1 Ogos ini.
Sumber: Sinar Harian
Rozaimi Zubaidi
Fri Jul 28 2017
Baby Boy Atau Baby Girl? Jantina Baby Kamal Adli & Uqasha diumum | Oh Baby Kamal & Uqasha
Ni dia yang ditunggu tunggu semua orang, akhirnya the secret’s out! Tahniah to this beautiful couple Kamal Adli & Uqasha Senrose on welcoming their new bundle of joy & Alhamdulillah it’s a ….. Watch till the end for the surprise
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini