Kegembiraan berganda buat angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang menyambut kelahiran cahaya mata kembar pagi semalam pada tarikh yang sama dengan hari jadinya, 27 Julai.

Kedua-dua bayi lelaki kembarnya dilahirkan isterinya, Dr. Halina Mohd Yunos sekitar awal pagi semalam.

Sheikh Muszaphar, 45, turut memuat naik foto kedua-dua bayi kembarnya di akaun Instagram peribadinya semalam.

Trying to bond with the twins ... It fascinates me on how much they look so alike . Am truly enjoying every moment of parenthood .

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on


"Terima kasih atas ucapan semua. Alhamdulillah, bayi kembar kami memilih untuk melihat dunia hari ini.

"Kami bersyukur atas kelahiran kedua-dua cahaya mata kami pada pukul 10.05 pagi," tulis Sheikh Muszaphar.

Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2010 itu mempunyai dua anak perempuan Sophea Isabella dan Sophea Natasha.



Teks oleh: Amri Hassan