Walaupun belum dilancarkan secara rasmi, single baru penyanyi dan pelakon Ayda Jebat telah menjadi trending di laman Twitter.

Berita ini dikongsi Ayda menerusi sebuah entri yang dikemas kini olehnya di laman Instagram @aydajebat.

Menerusi single baru yang berjudul Mata, lagu ciptaan Audi Mok, Shazee Ishak dan Ayda sendiri ini sudah mula mencuri perhatian peminat semenjak awal minggu ini.

Tampil berbeza berbanding single sebelum ini, Ayda menampilkan sebuah lagu yang berkaitan dengan semangat.

Mata menjadi sebuah lagu yang mampu menaikkan semangat khalayak ketika mendengarnya.

Difahamkan, Ayda turut mendedikasikan lagu ini kepada wira-wira negara yang bakal berjuang dalam Sukan Sea 2017 yang bakal berlangsung bermula Ogos ini.

Mata mula dipasarkan menerusi platform digital seperti iTunes, Spotify, Joox, KKBox dan Deezer bermula esok, 28 Julai.

Lirik video lagu Mata juga turut dilancarkan esok, 28 Julai pada jam 9.00 malam di channel YouTube Ayda Jebat.

Teks oleh: Kamaruddin Razal